Assalamua'laikum.
Bila pergi makan dikedai kita akan rasa kita istimewa sangat. Nak makan apa ,nak minum apa semua benda dah siap tersedia. Cuma perlu Order , makan dan bayar! Simple kan?
Dalam masa buat benda simple tu pun , maq ada selitkan satu tabiat dikedai makan kepada anak anak maq. Mulanya anak anak malu nak buat. Sebab nanti takut dipandang serong oleh pelanggan lain.
Maq cakap ,kalau asyik nak nampak sempurna dimata orang , sampai bila pun kita takkan pernah sempurna. So buat je apa yang kita rasa benda tu elok. Pandangan orang tu terpaksa kita abaikan.
Hal apa kah yang dimaksudkan itu? Ye ,maq akan ajar mereka kemas meja makan selepas siap makan. Kita datang ke situ ketika meja makan tu dalam keadaan bersih kan? So apa salahnya selepas kita makan pun meja tu nak kelihatan bersih juga. Cuma pinggan mangkok tu memang tak boleh lah terus hantar ke sinki untuk dicuci. Kalau macam tu lebih elok kerja je kat kedai tu hehe.
Walau bagaimana pun hal sebegini sesuai untuk makanan kering je. Macam pinggan mee goreng,nasi goreng, kfc ,mcD ,roti canai ,nasi lemak dan bagai bagai makanan kering lagi.
Jikalau sup sup ,mee rebus ,mee udang,mee kari atau makanan berkuah, ianya tidak digalakan dikhuatiri lebihan kuah yang tidak habis tu akan tumpah melimpah meja.
Lain lain sama juga seperti gelas air, cawan ngeteh,sudu sudu. Semuanya hanya perlu disusun selonggok ditepi pinggan kotor tu. Masukkan tisu kotor kedalam pinggan kotor. Clear!
Dengan kaedah ini , secara tak langsung kita dah mudahkan kerja kerja pekerja dikedai tersebut. Lebih lagi kalau kedai yang ramai pelanggannya.
Dan maq selalu pesan kat anak anak maq :
" bila kita permudahkan urusan oranglain nanti Allah permudahkan urusan kita. Inshaallah"
Dan Alhamdulillah , sehingga kehari ini ,tabiat kemas meja makan selepas makan dikedai makan telah jadi tabiat biasa bagi anak anak maq sekeluarga.
Biasa saya yang kemas meja bila dah habis makan, boleh ajar anak pulak kemas lepasni..thanks sharing..
ReplyDeleteNurzarini: sama dengan maq , dimulakan dari ibu kemudian jadi ikutan oleh anak anak.
ReplyDelete