Skip to main content

Minta Pertolongan Allah Melalui Asmaul Husna



Assalamua'laikum.

Salam Jumaat.

"Dan Allah mempunyai nama nama yang baik ( yang mulia ) maka serulah  ( dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama nama itu, dan pulaukanlah orang orang yang berpaling dari kebenaran  dalam masa menggunakan nama namaNya. Mereka akan mendapat  balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."

 ( Surah Al A'raf : ayat 180 ).


Untuk pertamakalinya ,harini Jumaat bersamaan 1.12.1440 Hijrah maq akan  mula berkongsi salah satu antara cara nak minta pertolongan Allah  melalui amalan Asmaul Husna. Inshaallah..


Kali ini kita amalkan zikir zikir untuk masalah kemurungan dan  nak hilangkan tekanan.

❤ biasakan diri berzikir Yaa Baasit.

❤ berzikir Yaa Razzaaq sebanyak  100kali selepas habis solat Jumaat.

❤ berzikir Yaa Latiif sebanyak 129kali.

❤ berzikir  Yaa Naafi' sebanyak banyaknya.

❤ berzikir Yaa Majiid sebanyak 100kali.

❤ berzikir Yaa Muqsit sebanyak banyaknya.

❤ berzikir Yaa Waasi' sebanyak 170kali.

❤ berzikir Yaa Badii'us samaawaati wal ard sebanyak 1000kali.


Berzikir mana yg anda mampu. Tak perlu buat ke lapan lapan zikir diatas itu sekali gus. Pilih mana yang anda mahu dan mampu sahaja.

Yakin dan bersungguhlah ketika mohon apa yang dihajatkan. Ingatlah janji Allah itu pasti dan Allah suka pada hambaNya yang sentiasa berdoa.Lebih afdal buat selepas selesai solat fardhu atau solat tahajjud atau buat je ketika anda perlu. Jangan pernah putus asa dalam doa.

Zikir itu makanan Roh dan hati kita..❤




Sumber : Buku mukjizat zikir Asmaul Husna
Oleh : Sharifah Nadiah
Laman web : www.hidayah.com.my
E-mail : hidayah@streamyx.com

Semoga beri manfaat.


*bersambung...

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa