Skip to main content

Kambing Akikah (Fekah)





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3
(Da'i Azrin&Ustaz Nik Ahmad Farhan)

FEKAH -KAMBING AKIKAH
•••••••••••••••••••••••••••••
*سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ


Ilmu fekah ilmu yang kedua yang wajib kita pelajari.Ilmu fekah,Kambing akikah ini ialah sunnah Rasulullah.

"Dan Dialah Allah yang mengeluarkan kamu daripada perut ibu kamu dalam keadaan kamu tak mengetahui apa² dan Dialah Allah yang menjadikan padamu pendengaran, penglihatandan hati, mudah²an kamu bersyukur."

Allah anugerahkan sepasang suami isteri anak,cahaya mata. Allah yang memberi pendengaran,penglihatan dan hati. Sebagai balasan syukur pada Allah,hendaklah melakukan ibadah akikah.

APA HUKUM AKIKAH KAMBING?

SIAPA YANG DITUNTUT MELAKUKAN AKIKAH?

BERAPA EKOR KAMBING UTK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN?

DAN BERAPA UMUR KAMBING YANG SESUAI BUAT AKIKAH?

Hukum akikah adalah sunat muaakad (sunat yg sangat dituntut sebagai tanda terima kasih pada Allah) Syukur dgn sembelih kambing akikah moga² kita jadi orang yang dekat dengan Allah.

Nabi bersabda anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan cukup seekor kambing.

Walau bagaimana pun kalau tahun ni nak buat seekor(mungkin tak berkemampuan) dan 4-5 kemudian baru buat seekor lagi,dibolehkan tak ada masalah.Nabi pernah mengakikahkan Husin 1 ekor dan Hasan 1 ekor. Yang afdalnya 2 ekor.

KAMBING HENDAKLAH BERUSIA 1 TAHUN KE ATAS.

Kalau nak akikah tak nak pakai kambing,boleh pakai lembu atau kerbau( 2 tahun ke atas)
Bagi unta hendaklah 5 tahun ke atas.
Binatang itu mesti binatang ternakkan.
Tak boleh akikah binatang lain contoh zirafah.

KALAU TANGGUH² AKIKAH HINGGA TERLUPA DAN BILA DAH DEWASA,BOLEHKAH DIA NAK AKIKAH?

Seafdalnya buat akikah pada hari ke 7.Atau hari ke 14 atau sehingga sebelum baligh.Bila dah baligh diri sendiri boleh buat akikah utk diri sendiri.

NABI AKIKAHKAN DIRI NABI SENDIRI PADA USIA 40 TAHUN SELEPAS DILANTIK MENJADI RASUL.

APAKAH DIBOLEHKAN SEEKOR LEMBU YG DIBUAT IBADAH KORBAN DIGABUNGKAN DGN AKIKAH?

Lembu boleh dibuat akikah.Dalam seekor lembu sama seperti 7 ekor kambing. Boleh nak buat 6 bahagian utk korban dan 1 bahagian utk akikah. Niat pun asing².

Niat utk korban dan niat utk akikah. Lembu mesti 2 tahun ke atas sihat tubuh badan,tak cacat dan tak bunting. Kambing jantan atau lembu jantan lebih afdal dari kambing atau lembu betina.

Kambing yg belum kahwin lebih afdal.Kambing betina yg belum beranak lebih afdal dari kambing yg dah beranak. Inilah ikhsan pada binatang.

BOLEHKAH DUIT ZAKAT DIGUNAKAN BUAT AKIKAH?

APA SUNNAH KETIKA HARI AKIKAH?

APA YG PERLU DIBACA PADA HARI AKIKAH?

Mungkin keluarga itu miskin layak dapat duit zakat. Dia dapat duit zakat itu dah jadi duit dia dan dia gunakan utk akikah.Itu amalan yg sangat baik dan terpuji.Pada hari yg ke 7 itu berilah nama yg baik² pada anak. Beri nama yg baik seperti Muhammad,Ahmad,Taha.Nama yg terbaik ialah nama yg dicantumkan dgn Asma ul husna.

Boleh beri nama yg baik². Cukur semua rambut pada hari ke 7.Mudah²an lagi sihat dalam jagaan Allah.

JANGAN BERI NAMA ANAK YG PELIK².

Rambut jangan dibuang.Timbang dgn harga emas atau harga perak. Sedekah duit pada org yg memerlukan.Tak mampu ikut kiraan emas,ikut kiraan perak. Sebaiknya ayah menyembelih sendiri kambing akikah utk anak. Dan ayah berniat ketika nampak darah mengalir,lintaskan dalam hati inilah hadiahku padaMu Ya Allah.
Kalau tak mampu sembelih,tukang sembelih akan niatkan utk anak.

Saidina Ali keluarga yg sangat daif,atok yg bertanggungjawab buatkan akikah utk cucunya.

FATIMAH DAN SAIDINA ALI HIDUP DALAM KEKURANGAN TAPI CINTA MEREKA SANGAT MEKAR.

Perlu minta izin kepada penjaga utk buat akikah.

ANAK MENINGGAL PADA HARI KE 7,APAKAH PERLU BUAT AKIKAH?

Tak perlu buat akikah jika anak yg mati keguguran(tak dilahirkan).Kalau dah dilahirkan,sunat dilaksanakan akikah.
Dalam keadaan kesedihan,buatlah akikah secara sederhana. Daging akikah sunat dimasak dan disedekah. Mudah²an itu juga tanda terima kasih pada Allah dan mudah²an Allah ganti dgn yg lebih baik.

APAKAH PERBEZAAN SYARAT KAMBING AKIKAH JANTAN DAN BETINA DAN BOLEHKAH DIBUAT ASING²?

Kambing jantan lebih baik dari kambing betina.
Kedua~dua mesti melepasi 1 tahun ke atas sihat tubuh badan,tak kurus dan tak cacat.Kambing itu ibarat si anak.Mudah²an anak jadi anak yg terbaik. Jangan potong seperti daging korban.
Adab potong mesti potong ikut sendi² tak pecahkan tulang akikah. Kita bersangka baik mudah²an anak itu dijauhkan dari malapetaka.
Dibolehkan buat asing² cth seekor buat di tanah air dan seekor dibuat di luar negara.

SEJARAH KORBAN TENTANG NABI IBRAHIM DAN APAKAH SEJARAH MELAKSANAKAN AKIKAH?

Nabi dapat wahyu ketika usia Nabi 40 tahun dan islam pun baru datang ketika itu. Sebelum 40 tahun,Nabi belum dibuat akikah mengikut cara islam.Aku(Rasulullah) menyembelih akikah utk diriku sendiri.lnilah cara melunaskan hutang kita dgn Allah.

DALAM ISLAM SUNATNYA IALAH AKIKAH KAMBING.

Kalau ibadat korban,Nabi korban unta.Di tempat kita,kita korban lembu. Korban utk dekatkan diri kita pada Allah dan akikah tanda syukur kita pada Allah.

BOLEHKAH DAGING AKIKAH DIMAKAN OLEH ORG YG BUAT AKIKAH?

Sama seperti ibadah korban. Akikah boleh dimakan oleh dirimu,sebahagian disedekahkan.
Yg tak boleh dimakan ialah yg dibuat nazar.

NAZAR ITU HUTANG DGN ALLAH DAN DAGINGNYA TAK BOLEH DIMAKAN.

Tulang²nya sunat ditanam.Kalau tak mampu harus dibuang dalam tong sampah.

BAGI ANAK YG KEMATIAN AYAH,BOLEHKAH GUNA DUIT PUSAKA SI AYAH UTK AKIKAH ANAK TERSEBUT DAN BOLEHKAH ORG MAKAN DAGING AKIKAH TERSEBUT?

Tersangat~sangat boleh. Penjaga boleh ambil duit pusaka dan selesaikan akikah utk anak yatim tersebut.Inilah penjaga yg sangat ambil cakna.
Inilah org yg memuliakan anak yatim. Org yg dekat dgn anak yatim akan dimuliakan.

KENAPA DAGING AKIKAH SUNAT DIMASAK TERLEBIH DULU?

Daging korban bagi yg mentah. Daging akikah disunatkan masak terlebih dulu.Disunatkan masak dgn yg manis² supaya In Shaa Allah anak itu manis peribadinya. Akikah sekali seumur hidup.Korban boleh dilakukan setiap tahun.

BOLEHKAH DAGING AKIKAH DIGUNAKAN UTK MAJLIS PERKAHWINAN?

Boleh.Pastikan fakir miskin dan org yg layak dapat makan daging akikah itu.  Jangan hanya jemput org kenamaan sahaja.

APA KELEBIHAN DAN HIKMAH AKIKAH?

Hari ini banyak cara kita nak zahirkan terima kasih kita pada Allah tapi dalam bab anak caranya ialah dgn akikah kambing. Ada org yg tak dapat anak berkorban duit beribu~ribu utk buat rawatan utk dapatkan anak.Anak adalah harta yg paling bernilai.Anak² dan harta kamu adalah perhiasan kamu di dunia dan jaga perhiasan ini dgn melaksanakan akikah.

AKIKAH DILAKSANAKAN UTK PUTUSKAN HUBUNGAN SYAITAN PADA ANAK(syaitan bernama Qarin dan Umu Sabian)

INTI KEPADA AKIKAH IALAH MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN KITA.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru


Copypaste*

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...