Skip to main content

Hujan Lebat Di Mekah


Assalamualaikum.

Bumi Mekah dituruni hujan sejak beberapa hari ini! Itu antara info yang maq dapat dari group whatsapp. Terbayang di ingatan ini bagaimana suasana hari nak hujan di Mekah ketika maq kerjakan umrah awal tahun lalu. Ribut pasir dan debu yang berterbangan sangat sangat menduga..Allah huakhbar.


Seperti biasa ,bila hujan turun ,bacalah doa seperti di bawah ini.


Kita tak tahu apa agenda Pencipta Alam. Tapi setakat ini , apa yang kita tahu , Allah hanya beri pada apa yang kita perlu ,bukan pada apa yang kita nak. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.


Agak sedih bila ada berita yang kita terima dimana beberapa puluh orang jemaah dari Malaysia diarah pulang bila tiba ditanah arab tempohari. Ada juga yg tak berkesempatan langsung nak jejakkan kaki masuk kedalam kapalterbang bila syarat visa mereka tidak melepasi syarat syarat  penerbangan.

Tapi harini bila maq dapat beberapa potongan video tentang jemaah haji 1440H yang sekarang masih ada di Mekah. Hati maq berbisik , apa yang berlaku  ada hikmahnya,bukan saja saja dugaan didatangkan buat mereka.  Tadi dapat pulak video kiriman seorang sahabat. Dengan captionnya :

"mohon doakan pd jemaah² yg terperangkap di dlm terowong utk melontar moga selamat semuanya. hujan tersgt lebat lalu terowong sesak dgn jemaah. Dr sumber TH, seorg jemaah Msia telah meninggal dunia akibat sesak nafas. TH telah menahan perjlnan jemaah msia utk perpatah balik pd yang telah berlepas sblm hujan lebat tadi."

Sama ada berita kematian itu sahih atau tidak, masih belum dapat kepastiannya lagi setakat ini. Apapun marilah kita sama sama doakan keselamatan mereka.




Dan jom  tonton video video yang dikongsikan dibawah ni. Keadaan bumi arab (Mekah dan Mina) dan keadaan  para jemaah haji yang kehujanan  pada 13/12/1440Hijrah.






 


Semoga para jemaah diberi kesihatan yang baik dan lebih tabah untuk menghadapi suasana disana. Allah menduga pada tiap hambaNya yang DIA sayang. Kita disini jangan putus kirimkan  doa kesejahteraan buat mereka juga ya.

Ingat, Semua yang belaku ini ialah kerana Allah Sayang ,💕

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa