Assalamualaikum.
Malaysia gempar lagi,kali ini dengan isu pasang bendera terbalik pulak! Padahal sebelum ini banyak dah kes pasang bendera terbalik tu berlaku tapi tidak pulak jadi isu. Bila negara dah macam macam ragam sekarang ini,ianya jadi masalah pulak.
Tak perlu salahkan siapa siapa. Jom kita kembali pada diri kita sejak mula. Siapa yang memandai ubah kejadian jalur gemilang jadi macam macam? Kita jugakkannn. Bila tiap kali nak sambut hari merdeka , ada je program yang melibatkan bendera. Buat fesyan pakaian lah , buat tema majlis kahwin lah , macam macam lagi jalur gemilang diubah suai.
Kalau zaman maq sekolah dulu ,bendera meleret atas tanah pun dah kena tegur dengan cikgu. Tapi sekarang ,bendera dibuat baju ,jubah,kain tudung, payung , beg , malahan dibuat seluar dan didudukan lagi !
Allahhu..sedihnya. Lagi sedih semua tu berlaku disekolah. Dimana kanak kanak yang bakal meneraju negara satu masa nanti ,sedang menuntut ilmu , sedang nak kenal dunia!
Bukanlah kita nak kena hormat bendera melampau lampau tapi cukuplah sekadar hormat ianya sebagai salah satu lambang negara kita kepada dunia. Kalau lambang itu pun sewenang wenangnya didudukan , diseret kehulu kehilir ,mana orang lain nak hormat bendera negara kita sedang kita pun tak nak hormat hak kita sendiri.
Yang kayanya siapa? Of couse lah tokey tokey kilang bendera tu.
"Aiyaaaa.. Tak ala banyak untung ley ,bendela talak jual hali hali maa, sitaun sikali ala jual, itu meleka punya hali ,balu ala jual laa. Hali lain sulah kasi kulang meh.."
Asyik asyik cakap takda untung padahal semua benda sudah dia kaut untuk dibuat untung!
Kita ? Asyik asyik nak enjoy every moment sampai bendera pun nak dibuat macam macam. Tapi tahu pulak nak marah bila orang terbalik kan jalur gemilang!
Ini serupa macam kes gadis gadis nak angkat sumpah dengan pijak Quran tulah. Ingat lagikan? Ribuan netizen marah ,maki, cakap bukan bukan pasal kejadian tu tapi cuba kita kembali pada diri kita semula. Bila last tarikh kita buka dan baca Quran ? *istighfar*
Kita jangan tunding jari kat siapa siapa lagi untuk cari salah silap tapi mari sama sama ( termasuk maq sendiri ) perbaiki silap sendiri dan terus berusaha nak jadi baik demi diri sendiri,bangsa, agama dan negara.
Sekarang dah tiba masanya. Kita rapatkan saf dimasjid masing masing. Melayu itu 99% adalah muslim. Muslim itu terdiri dari melayu dan beberapa bangsa lain . Muslim ada Allah. Setiap kali azan berkumandang , ringankan kaki untuk solat berjemaah dimasjid masjid berdekatan.
Masjid lambang perpaduan muslim. Dalam masjid tiada perbezaan politik dan kita bersatu dengan lafaz syhadah yang serupa!
*Allah huakhbar*
Maaf jika maq silap..Ini hanya sekadar pandangan maq sahaja. Bagi yang pasang bendera terbalik tu, adalah lebih baik kita jangan cari pasal dengan mereka. Biarlah otak mereka yang tak betul ,kita jangan. Kita ada adab ,kita ada maruah . Hadapi situasi ini dengan tenang dan sabar. Jalan terbaik ,buat report ,biar yang berkuasa ambil tindakan. Lagi satu , kita kan ada Allah..❤
Comments
Post a Comment