Kenangan bagi burung makan di Kota Madinah



Assalammualaikum.

Video diatas ini sebenarnya video peribadi maq . Tapi bila Oppo dah suruh update handphone, lepastu bertalu talu pulak aplikasi dari oppo masuk. Sampaikan storage handphone asyik penuh. Akhirnya maq ambil keputusan untuk simpan je video pendek ini diblog ini. Harap harap lepasni storage kembali okey. Bawah ni aplikasi yang oppo bagi, dah tu tak boleh nak uninstall pulaknya..Allahhu..




Maq redha..nak tukar handphone lain macam belum mampu lagi 😂

Tapi kenapa nak simpan video yang pendek macamni?

Mungkin itu pengalaman pertama dan terakhir maq ke sana. Jadinya biarlah semuanya jadi kenangan abadi maq dan family. Pengalaman yang tak mungkin berulang biarpun maq diberi peluang kedua.


Maha suci Allah. Hanya Dia yang tahu tentang segalanya.











Seronok sangat masa tu. Makanan burung itu dijual oleh penduduk tempatan disitu. Ibu maq beli 3paket , dan beliau bersungguh suruh kami bergambar dalam ratusan burung yang sedang makan tu. Maq bukan apa ,maq takut kena "yak" dengan burung burung tersebut jek.

"Mengemut" : kalau anda ada dengar perkataan tu ibu ada cakap " burung tu mengemut" . Itu maksudnya burung tu ada banyak sangat sangat. Hehehe itu bahasa klasik, ibu maq je yang suka guna ,nasib baiklah  anak cucu dia paham..😂.


" Alhamdulillah , kenangan masih bermain diminda dan bisikan rindu bukan lah tipu..❤"

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026