Aida komen Jujur




Assalamualaikum.

Ini Aida. Nama penuh beliau Nur Adibah Aida. Anak bongsu maq dan salah seorang calon SPM 2019 !




Banyak plan beliau bila dah tamat SPM nanti. Nak kerjalah, nak berniaga online lah ,nak belajar drive lah ,nak jaga emak dia lah.


Lagi besar impian dia maq rasa bila dia kata nak belikan kami ( emak ayah dia ) rumah berharga rm 300K.Masyaallah..padahal sekolah pun tak habis lagi.


Yang buat maq makin  tak percaya Aida minat dalam kerjaya beruniform terutama Pegawai Polis ! Ini memang maq tak percaya 100% !


Allahhuakhbar.Allah saja yang Maha Mengetahui apa yang aida mahukan dalam dirinya.



Dan bila maq tanya Aida :

"selama aida jadi anak mak lah kan, apakah perangai mak yang paling aida tak suka. Sila jawab dengan jujur. Ety dan ayah dah beritahu ,mak tunggu aida pulak complain.."


Aida : " eh yeke? Mak nak tahu ke? Hehehe kalau aida jujur karang ,mak marah pulak "



Maq : "taaakk ,mak akan tanya semua anak anak dan ayah jugak. Cakap je,mak terima ,swear tak marah punya.."



Aida : "ohh..kalau macam tu, ok,aida jujur eah. Perangai mak yang aida tak suka ialah mak suka bandingkan anak anak mak dengan anak orang lain. Aida tak suka. Memang tak suka..jujur ni.hahhaa.."




Maq : " Allah huakhbar (bisik dalam hati) betul lah..maq tak perasan hal ini. Mak memang ada buat pun. Kadang tujuan asal nak bagi suntik semangat anak anak supaya membara,rupanya hati anak anak pulak yang makin membara..hmm ,okey mak ngaku ,itu salah mak. Mak minta maaf. Inshyaallah ,I'll adjust bagi baik sikit sikit nanti. "



Mungkin anda akan paham dan dapat rasa apa perasaan maq ketika itu. Ya , Aida dah berjaya jentik satu lagi hal yang maq tak perasan tapi maq selalu buat.


Astagfirullah hala'zim..😭



Popular Posts