Assalamualaikum.
Alhamdulillah ,susunan hidup muslim di Malaysia sangat indah hari ini. Selain dapat cuti bertingkat tingkat , mereka juga dapat sambut merdeka dengan meriahnya pada sebelah pagi dan disebelah malamnya mereka juga dapat sambut maal hijrah dengan ketenangan.
Selamat datang 1441 Hijrah - Tahun baru bagi umat islam bermula pada malam ini. Sebelum maghrib sudah dibaca doa akhir tahun dan selepas solat maghrib pula dibacakan doa awal tahun.
Alhamdulillah..indah sangat maq rasa. Tenang , damai dan hati tua ini berasa penuh kesyukuran. Terima kasih Allah.
Ya , jika diakhir akhir 1440 Hijrah lalu , muslim Malaysia di jentik hati mereka dengan macam macam dugaan tapi bila diambang merdeka , semua orang berkumpul menanti detik merdeka!
Semua kaum ada .Semua penganut agama ada.Semua rakyat berkumpul aman disatu kawasan yang sama. Semua rakyat bangga mengibar kan jalur gemilang yang sama !
Masyaallah.. Indah sangat sangat ..😭
Tanpa kita sedar, sebenarnya hidup kita selama beberapa masa ini telah diperkotak katikkan oleh orang orang yang taksub dengan politik dan orang orang yang berniat lama nak kacau bilaukan keharmonian negara kita. Malaysia kita yang sekian lama dah aman damai! Kita dah 62 tahun merdeka . Kita dah 62 tahun aman. Kita dah 62 tahun bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Dan 62tahun itu bukan satu jangka masa yang singkat tau.
Allah huakhbar..
Kita sebenarnya adalah baik baik aja antara satu sama lain. Kita adalah mangsa keadaan . Kita kena teruskan keamanan ini,kita ,anak cucu kita layak hidup aman,hidup dalam kemerdekaan yang harmoni.😭
Harini hari indah buat kita. Harap sangat negara kita akan kekal jadi hak kita . Dan kekal merdeka!
Nota maq : merdekakan hidup kita dari belenggu nafsu yang biasanya tak pernah mendatangkan kebaikan bagi kita. Salam maal hijrah 1441 buat semua.. Semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhirat kita pada tahun 1441 ini.
Insyaallah , aamiin..
Comments
Post a Comment