Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama)
Soalan netizen :Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih.
Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan: “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya ... (1/4)
secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’. Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”. (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4)
Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zuhaili menyatakan sekiranya antara celahan gigi terdapat sisa makanan yg kadarnya tak sebesar kacang kuda, dan menelannya tanpa sengaja maka tidak membatalkan solatnya. (3/4)
Dan sekiranya sebaliknya maka batal solatnya. Begitu juga tidak membatalkan solatnya sekiranya menelan air liur yang banyak. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/230) (4/4)
Semoga beri manfaat buat semua.
Sumber : twitter
Comel pulak katun ni. |
Comments