Skip to main content

Scammer Surat



Assalamualaikum.

Semalam dan semalamnya ibu mertua ada call maq. Sebelum tu beliau dah pun call anak lelakinya iaitu encik suami.  Tujuan ibu mertua beria call tu semata mata hanya nak beritahu kami bahawa ada sepucuk surat yang beralamat rumah ibu mertua yang dikirimkan atas nama encik suami.


Mulanya kami  rasa pelik. Sebab sejak berkahwin dan pindah rumah sendiri, kami dah ubah alamat surat menyurat kami. Semua surat beralamatkan  Bukit Perdana.  Takda lagi alamat kampung maq di Senggarang mahupun alamat kampung encik suami di Semerah. Dah lebih 20 tahun hal ini berlangsung,  tapi kenapa surat yang kalini amat mencurigakan?


So semalam,  lepas  je siap tugasan encik suami dirumah, kami pun pulang ke rumah ibu mertua di Semerah. Dan surat itu ternyata  memang pelik dan mencurigakan!


Ye betul  ada surat untuk encik suami! 



Nama penerima  pada sampul surat guna nama encik suami.

Alamat guna alamat rumah kampung encik suami ( alamat yang lengkap )

Kepala surat ditujukan kepada  isteri
 (  my dear Ani )

Ada juga disertakan sekeping simkad hotlink yang belum berdaftar lagi

Nama pengirim kononnya Hassan Adli ( alamat takda tapi diletaknya no fon sahaja)

Ayat surat merepek. Cerita pasal berhari raya, pasal Parit Mohamad, pasal plat kereta, pasal  plat motor dan pasal sewa tanah dan kilang Beton. Bacalah pada gambar dibawah ni.


Apa yang ada dalam surat ini buat kami blur.
  Sebab satu apa pun kami tak paham dan tak tahu.

"Dear my Ani!
Rasanya pasti kali ini sampai tempat yang dicari!
Yang pasti Pt Mohamad disana aku pernah berhari Raya pada ketika dulu!
Adapun pasal kereta pun telah selesai! Matic! JTY 2990. Seperti motorku JQY  2990 ,sekarang  JTX!
Kilang Beton dah selesai dah sewa tanah!  Pasti one Contruction!
Cukuplah sekadar ini saja, wasallam!"
Nombor belum daftar lagi!
From : signture*
- Semua simbol kata seru pada setiap akhir ayat dia.
Marah ke tu?  😂

Nama pengirim kononnya Hassan Adli
( 0187866157)
Dan surat telah dicop oleh Pos Kluang, 26Feb2020.

Mereka fikir kami percaya?  Dan kami boleh beri kerjasama?  Mustahil...

Cuma kami tertanya tanya bagaimana pengirim boleh guna nama Ani sedangkan Ani tu nama isteri orang yang terima surat tu. Kenapa dia tak tulis Man? Atau Osman? (nama encik suami)  Apakah surat ni bertujuan nak 'panas'kan rumahtangga kami?  Atau ada niat lain yang kami belum perasan lagi? Allah je tahu.


Kalau pengirim tu datang dari penjual yang encik suami pernah bagi alamat kampung masa beliau muda muda dulu mesti  yang mereka tahu cuma nama Osman, bukan nama Ani. Kalau  daftar nama isteri sekalipun mesti nama penuh ,bukan hanya Ani macamtu!


-  hmmm.. Nak menipu pun 'stupid' !


Dan setahu maq, takda orang lain yang tahu alamat rumah ibu mertua selain adik beradik,  saudara mara dan kawan kawan lama tempat encik suami berkerja dulu.  Tempat kerja baru  dah guna alamat rumah hampir 20 tahun. So apa je rahsia disebalik semua ini?


Sekarangni kami akan simpan dulu" freegift" itu.


Harini Maq saja buat status whatsapp pasal surat pelik ni dengan caption nya " apakata kalau makcik buat report polis?" -  status whatsapp maq cuma dapat dilihat oleh adik beradik, ipar duai, beberapa orang kawan sekolah dan beberapa orang kawan satu taman,itu jek. Kita tunggu respond beberapa jam lagi.


Kepada Scammer surat - kalau perlu, yep kami akan buat report polis!


Anda yang tahu atau pernah alami apa yang sedang maq alami sekarang ni boleh share pengalaman kat ruang komen. Dan jika satu hari anda pulak terkena, tolong jangan aktifkan nombor simkad tersebut kerana nombor tu sesaorang dah pun simpan untuk dijadikan sebagai 'sasaran menjadi mangsa mereka'. Hati hati guys...





"Allahhumma ya Hafiz ya Muhaimin, ya Allah,  Sesungguhnya hanya Kaulah yang Maha menjaga dan Maha memelihara aku sekeluarga.Aamiin"

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...