Assalamualaikum..
Tiba tiba maq panggil Ainul Mardhiah ' my baby shark dudu' . Tapi kenapa? Sebab Ainul minat sangat dengar lagu tersebut. Bukan sahaja dengar malahan turut sama menari ikut step dari video shark dudu tu,bukan sekali tapi hampir setiap hari! Cuba masuk link ini kalau nak tengok dia punya aksi.
Kadang tu tengah makan dikedai pun dia akan menari dan lagi lawak, mama atau papa pun turut disuruh menari sama. Ainul.. Ainul...semua orang jadi mangsa shark dudu termasuklah tok ayah dia (encik suami) .
Bulan April 2020 akan datang , Ainul dah masuk 2 tahun. Tapi yang jadi masaalah sekarang ni, tabiat memuting dia tu. Makin hari semakin menjadi jadi. Maq tak tahu bagaimana nak hilangkan tabiat memuting tu. Sebab ikut pengalaman maq, ketiga tiga anak maq memang tak mahu hisap puting tiruan.
Dan puting tiruan milik Ainul itu turut sama dapat nama panggilan yang Ainul sendiri bagi. Iaitu " baby" . Bila nak puting je dia akan cakap "babyyyy.. Baby.. " Sambil merengek menangis.
Dan kalau tengah lepas geram ,part tu yang paling lawak.Bagaimanakah rupa Ainul dengan babynya? Lihat video bawah ni, keadaan dimana Ainul sedang lepaskan geram dengan baby dicelah tepi bibirnya. Semua sebab mama busy buat live di shoppe tanpa hiraukan Ainul yang dah haus nak susu.
Hmmm.. dia layan semua lagu rupanya.Ikut suka awak jelah cu.. Nak bersilat pun boleh.
Untuk masa depan, apa yang maq harapkan, Ainul dan mama Ainul , akan menjadi anak anak yang solehah, bijak berdikari mengharungi liku liku perjalanan didunia ini dan diakhirat juga nanti. Semoga semua urusan kalian dipermudahkan, Aamiin..❤
Comments
Post a Comment