Skip to main content

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor


Assalamualaikum.

Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ).

Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris)

1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah..


2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya!


3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti.

Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terlalu sunyi, cuma ada, 2/3 orang  pekerja asing duduk atas bukit tersebut. Dan kawasan kubur tu terletak diatas bukit.

Kubur kubur tu mengikut google dan facebook anak anak watan kampung, kesemuanya milik penduduk pertama yang buka kampung tersebut. Iaitu Kampung Tanjung Labuh.

Masa maq kanak kanak,  kawasan Tanjung Labuh ada kawasan lapangan terbang yang digunakan oleh pengkalan tentera Malaysia untuk lakukan pendaratan dan latihan atau kapal tebang  yang bawa  orang orang kenamaan. Namun sejarah terawal pembukaan maq tak tahu .

Pesawat yang bawa Tun M pernah mendarat kat sini dalam tahun 1980an untuk buat lawatan rasmi beliau di Johor ketika tu. Masa tu maq sekolah rendah lagi. Lama dah cerita ni..

Sekarang kawasan lapangan terbang tu dah dipenuhi semak. Dan untuk ke Bukit Tanjung, kita akan jumpa kawasan lapangan terbang yang semak tersebut terlebih dahulu.

Jalan masuk yang boleh buat orang keliru


Laluan masuk ke Tanjung Hill. Ini dah dekat dah dengan kawasan laut. 

Semak ni dengan manusia, tinggi semak lagi

Laluan pejalan kaki untuk ke atas bukit

Susunan batu batu yang menarik. 

Bahagian lereng bukit

Jumpa puteri laut yang berjalan kaki tak jejak pasir

Bahagian hadapan Tanjung Hill

Lapangan terbang lama yang viewnya menarik. Sekarang ramai jurugambar pengantin buat outdoor kat sini. 


Antara yang sempat maq rakam.


Biarpun ada bahan bersejarah seperti kubur lama yang berusia lebih 150 tahun  diatas bukit tersebut. Tapi masih tak ada apa apa signboard untuk laluan  ke Tanjung Hill. Kalau pengunjung yang pertamakali datang (macam maq)  memang susah nak jumpa  jalan masuk.

Terujanya bila dah sampai. Melihat keindahan ciptaan Tuhan. SubhanAllah.


Tenang, indah dah semulajadi. Udara segar..

Bawah ini antara yang maq jumpa dari  perkongsian oleh pengunjung pengunjung yang dah sampai ke atas bukit tu. Gambar Maq dapat dari google.


Tengok tahun yang dicatatkan disitu.  Lama dah kan.. 

Nisan dari batu granit. 

Nisan rekaan 1900an.

16 January 1911

Di daftar sebagai hal ehwal Pejabat Agama Negeri Johor punya. Semoga ianya kekal disitu tanpa diganggu oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Maq risau..


Pantai Tanjung Hill ini antara kawasan tepi laut yang terhakis teruk oleh hakisan air laut. Semoga ianya tidak hanya tinggal nama. Biarlah ia kekal disitu sebagai Bukit Tanjung.

Cuma maq nak beritahu, jalan masuk bukan jalan keluar. Anda akan jumpa jalan keluar pada laluan yang lain. Ianya agak  semak dan sempit. Ngam sebuah kereta je kalau lalu. Dan kalau musim hujan, maq harap jangan pergi kerana jalan akan berselut dengan tanah. Ingat, kalau musim hujan ya, bukan lepas hujan. Kalau hujan sikit, boleh je lalu.

Tapi alangkah baik kalau laluan keluar masuk dinaik taraf. Mesti ramai pengunjung yang datang kesini untuk mencari damai dihati. Boleh jugak buka lorong rezeki kepada penduduk kampung. Paling tak pun jual nasi bajet kepada kaki kaki pancing. ❤

Comments

  1. WP : maq pulak baru pertamakali ke situ.

    ReplyDelete
  2. Kg halaman ku,memang menarik lokasi ni, cantik dan ada kisah seramnya..ramai yg tak tahu lokasi tu ada pintu gua bawah bukit batu yg atasnya kubur tu.. Arah jam 9.
    Tak pasti skrg pintu gua tu di umum kepada pengunjung atau tidak, sbb penuh kisah mistik di gua tu.. Gua masa zaman lanun2 laut dulu2 sembunyikan harta..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,warga tempatan sudi beri komen.terima kasih ye.Pintu Gua bawah bukit? menarik ni...ya memang ada banyak kubur lama disitu ,dilereng bukit pun ada .Tapi tak pasti pintu gua tu masih aktif atau tidak.Saya pun jarang kesana.

    InshaAllah jika Allah beri peluang,satu hari saya akan kesana lagi.Terima kasih ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Peak Season Pengaruhi Emosi Jemaah

  Bismillah, Kalau korang rajin berlaman sosial sebulan dua ni,confirm korang akan jumpa cerita cerita yang tak sedap dibaca mengenai travel travel agent yang ada di negara kita.Macam macam isu telah diviralkan. Maq pernah terbaca luahan hati sorang hamba Allah yang khabarnya travel agent dah aniaya dia sekeluarga,beliau juga mendoakan agar agensi tu melingkup bankrup asbab masalah hotel yang tidak menepati perjanjian dalam package yang jemaah tersebut sudah booking. Maq tak berani nak komen lebih lebih mengenai beliau sebab maq faham,hati yang tersakiti akan hilang pertimbangan. Cuma nak pesan ,hati hati, sebabnya masa ini jugalah syaitanirojim akan mencelah diri untuk ambil bahagian. Jom layan video video dari Ustaz Syakirin  sekejap. Moga kita dapat sedikit ilmu sewaktu lakukan haji dan umrah di 2 kota suci Mekah & Madinah. Seperti yang maq pernah kongsi pengalaman umrah maq pada post tahun lalu, 2 kali maq buat umrah dengan 2  agent travel, 2 kali juga kami dituka...