Assalamualaikum.
Perkongsian dari page facebook. Semoga sedikit sebanyak dapat mencegah kita dan ahli keluarga dari hal yang tidak kita ingini.
Ada yang kata info viral tidak perlu dikongsikan sangat sebab ianya hanya isu viral. Kesahihan tidak pasti lagi.
Tapi bagi diri maq secara peribadi,tak salah kita peka dengan apa yang belaku disekeliling. Lagi lagi kalau cerita boleh diterima akal kenapa nak pertikaikan?Dan dengan itu tanpa perlu menyalahkan mana mana pihak, kita secara individu perlu ambil langkah berjaga jaga. Mungkin bukan untuk orang lain tapi untuk kita dan ahli keluarga kita.
Berhentilah dari senantiasa berburuk sangka. Ianya tak elok untuk minda.
WABAK VIRUS WUHAN
China telah mengesahkan Novel Coronavirus boleh berjangkit dari manusia ke manusia.
Virus baru seperti ini biasanya berasal dari haiwan dan menjangkiti manusia apabila ada sentuhan atau daging yang telah tercemar dimakan.
Di Wuhan, jangkitan virus tersebut berpunca dari South China Seafood Wholesale Market. Di pasar tersebut, selain ikan, ada haiwan lain termasuk ular, kelawar, arnab dan ayam.
Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikan jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu.
.
Sehingga semalam (20 Januari 2020)
✅ 222 individu telah disahkan dijangkiti.
✅ Selain China, negara yang telah mengesahkan kes positif adalah Jepun, Korea dan Thailand.
✅ 3 kematian setakat ini.
Di Malaysia, KKM telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di pintu masuk utama antarabangsa.
Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.
Kredit: Public Health Malaysia
semoga kita dijauhi dari wabak ni. In shaah Allah
ReplyDeleteIkadas, aamiin..
ReplyDelete