Assalamualaikum.
Bulan ni Ainul Mardhiah dah berusia 21 bulan. Besar dah cucu sulung maq. Maq pun terasa sudah semakin tua dah. "ku sedar siapa diriku" .
Apa jadi kepada ainul ketika berusia 21 bulan ni?
Pertamakalinya.
Dia dah pandai nak makan sendiri tanpa pertolongan sesiapa.
Dah pandai nak pujuk orang merajuk terutama bila mama dia yang merajuk. Tiru bahasa lengok orang bercakap. Dah banyak main tapi dah pandai fokus pada satu satu permainan.
Dah cuba nak pakai baju sendiri, seluar sendiri. Tapi tak pernah pun berjaya. Baru pandai pakai kasut sendiri je bila nak keluar rumah. Itupun kadang kasut kanan dikaki kiri.
Dah suka bercakap dan menjawab soalan soalan orang. Biarpun bahasa dia bahasa yang sukar nak dipaham oleh semua orang. Macam dalam video ni.
Aduh letih nak pahamkannya. Dah macam choral speaking pun ye jugak..
Semoga dah pandai bercakap elok nanti, ainul cakaplah ayat yang baik baik, yang selesa didengar oleh semua orang, ye sayang... ❤
Dah dekat 2 tahun
ReplyDeleteSemoga sihat dan ceria selalu
Alhamdulillah,Aamiin. Tq wak
ReplyDelete