Skip to main content

Kenapa Rasulullah tak pandai baca dan menulis?



Assalamualaikum.

Pernah tak anda terfikir kenapa Nabi kita Nabi Muhamad SAW itu tak reti membaca dan menulis sedangkan bagindalah insan paling utama dalam islam ketika itu dan untuk sekelian manusia hinggalah tibanya hari akhirat?

Menurut kata Ustaz yang pernah maq dengar dalam satu tazkirah ringkas diSurau Al Azim, Taman Bukit Perdana, satu masa dulu. Kata ustaz,

Andai Rasulullah seorang yang pandai membaca dan menulis sudah tentu musuh islam akan mengatakan bahawa Al Quran itu adalah hasil  dari copy and paste Rasulullah dari sumber sumber yang lain yang baginda sudah baca. Dan pastinya mereka langsung tidak mahu nak percaya akan kesucian ayat ayat dalam al Quran itu nanti. 

Dengan itu amat mustahil mereka akan percaya  pada kehebatan Rasulullah SAW serta agama Allah yang dibawa oleh baginda. Kalau dengan Rasulullah pun mereka dah syak wasangka, atau ragu ragu, apatah lagi dengan kitab yang Rasulullah bawa! 

Sebab itu lah surah pertama yang turun  dan disampaikan kepada Rasulullah adalah secara lisan. Antara malaikat Jibrail dan Rasulullah. Takda pensil, takada ballpen dan takda  pun  buku tulis garis satu! Ianya dengan kemuliaan dan kehebatan baginda.

Maha Suci Allah.

Hebatnya Al Quran , bermula dari awal diturunkan dan ianya masih gagah menjadi  harta pusaka peninggalan Rasulullah sehingga ke hari ini. Malangnya sebilangan umat Muhamad hari ini tak pernah nak menghargai kalam suci itu. Tanya diri sendiri,bila last kita baca al Quran? Bila last kita cium al Quran?Bila last kita junjung dan peluk al Quran?  - semua jawapan ada pada kita sendiri.

Al Quran satu satunya kitab yang berbahasa arab  yang langsung tidak berubah sejak dulu. No edit edit! No sunting sunting.Sejak zaman Rasulullah sampailah hari ini, ianya masih mengandungi kandungan ayat yang sama.

Bacalah al Quran hari ini, nanti dah mati takda dah nak bacanya.Kat syurga pun dah takda dah peluang nak baca sebab Al Quran hanya untuk aktiviti dalam dunia yang mana ganjaran pahalanya saja yang akan dibawa ke akhirat.  Waallahhu'alam.. 

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa