Assalamualaikum.
Semalam selera maq request asam pedas di Parit Hj Salam, Simpang 5,Batu Pahat. Di kedai Asam Pedas Teluk Wawasan.
Video jalan masuk ke arah kedai.
Plan awal nak makan je kat situ tapi memandangkan masih awal lagi untuk lunch, maq rasa maq pun sempat lagi masak nasi seperiuk, so kami tapau je asam pedas. Kalini maq pilih asam pedas ikan jenahak , Rojak tauhu dan ABC. Alhamdulillah. Bawah ni gambar ketika disana.
|
Tengoklah atas pintu tu, macam macam orang kenamaan pernah singgah termasuklah Sultan Johor. So anda boleh tahu bagaimana hebatnya rasa asam pedas disini. |
|
Pintu dapur kedai. Maq tungga gadis buat ABC disitu. Malangnya ada pelanggan yang merokok ditepi kedai tersebut. Hmmm belakang kedai makan pun masih kurang 3 meter bro. Lastly gadis ABC tegur "pakcik,asap rokok kan terbang merata nanti,merbahaya!" hehe,tak pasal pasal kena sekolahkan. |
|
Jeti nelayan yang baru dibina. Batu batu tepi sungai tu pun baru diletak. Dulu macam takda. Kawasan parking tu dulunya cuma ada rumput laut dan semak samun yang diletak peralatan nelayan yang dah rosak. |
|
Indahnya... |
|
Ada pasar kecil jugak. Ikan dari nelayan yang masih segar dijual disini. |
|
Urut kampung pun ada. Apa apa call nombor fon tertera terlebih dahulu untuk perkhidmatan. |
|
Waaa.. Tuannya mana tu? |
|
Air laut memukul jeti. Kemudahan untuk para nelayan mendaratkan hasil. |
|
Mulanya plan nak ootd kat sini tapi cuaca panas bedenting, so kami cancel niat tu |
|
Ada homestay jugak. |
|
Homestay berpagar. |
Video jalan penghujung dari kedai.
Nampaknya lepasni kalau datang kesini kena bawa jorang pulak kot. Macam best je tengok orang memancing kat situ.
Disebabkan siap saja nasi masak, mak terus hidangkan makanan. So tak sempat nak ambil gambar asam pedas dan rojak tauhu tu. Gambar ABC je sempat, tu pun ketika maq masih dalam perjalanan balik ke Bukit Perdana.
|
Dengan harga rm 4.00,macam macam ada didalamnya antaranya kacang tanah, kacang merah, jagung manis, cincau, kismis, buah kabung, sirap, susu pekat, susu cair, air gula merah. Besar bekas ABC ni. Telapak tangan maq yang lebar ni pun tak dapat nak gengam. Puas minum! |
|
Kami bertiga je sekarang ni |
So kalau anda singgah ke Batu Pahat dan nak makan masakan asam pedas, jemput singgah sini. Asam pedas teluk wawasan. Call kak Esah dulu ya. Takut kedainya tutup pulak.
Best la jenjalan kan kak...saya ntah bila nak jjcm lagi..mak tgh x sihat..x biasa plak kalau jenjalan x bawak mak
ReplyDeleteSuria : Alhamdulillah, seminggu sekali kalau encik suami offday barulah akak dpt keluar jjcm macamni.Tahniah,awak seorang anak yg baik,moga emak cepat sembuh nanti boleh jjcm dgn emak ya.
ReplyDelete