Skip to main content

Maq minta tolong kat anak anak


Assalamualaikum.

Hai! Cuti cuti pun kena kemas rumah jugak kan. Tak cuti pun kena kemas jugak. Letih dah buat benda yang serupa hari hari. Macam mana nak minta anak anak  tolong kita urus kerja kerja rumah? Terutama anak remaja yang sekarangni semakin leka dengan gadget mereka.

Ya kadang sebagai ibu bapa ni kita malas nak perintah itu ini dengan anak anak dan suami sebab diorang ni nak tolong pun ikut mood. Kadang ok,  kadang tu macam tak dilayan je kan.

Jadi hari ini maq nak kongsi cara maq nak minta tolong dengan  anak anak .

Pertamanya cara tu lebih kepada positif.  Ayat tak perlu kasar tapi maq buat cara gurau senda. Apa pun gurau senda tu ada lah terselit unsur teguran. Kadang pedih jugak telinga mendengarkannya hehe.

Bawah ni contoh yang maq pernah buat kat rumah ni.

- bila anak anak leka main fon. Masa tu maq pulak  busy kat dapur, bukan busy sikit tapi sangat busy. Maq nak anak anak tolong maq tapi nanti bila diarah mesti hati mereka tak selesa,lepastu buat kerja pun macam tak ikhlas gitu. So maq akan bersuara...

" sejak anak anak semua dah pindah  dari rumah ni,  semua kerja mak kena buat sorang sorang. Kesian makk, sunyi je kat dapur ni... "

( cakap dengan nada sedih tapi kuat)

Dah try beberapa kali ternyata anak anak akan balas dengan jeritan.

" alaaa makkk  perlii, hahahaha "

Diaorang pakat gelakkan emak dia. Tapi lepas 2-3 minit selepas tu.

Si bungsu : makkkkk.. Aida dah balik niii..

Si Angah : jap makkk, Ety onthewayyy.. Jap²

Maq : okey hati hati.. ( masih suara sedih )😂


Pernah juga buat macamni depan anak menantu maq. Masatu semua orang tengah busy dengan hal masing masing, maq kat dapur buat kerja sorang sorang.  Disebabkan nak siapkan kerja cepat, maka terkeluarlah ayat serupa.

" anak anak mak semua dah pindah dah, kalau tak , mesti diaorang boleh tolong buat kerja kerja ni, boleh cepat siap mak masaknya"

Anak anak cuma krik krik.

Tetiba anak menantu maq jawab,

" takpa makk, anak menantu mak kan ada ni.. "

Eh.. !! Hehehe maq pulak malu sebab lepas dia cakap tu, dia terus tolong maq kat dapur. Beliau tolong kupas telur burung puyuh yang nak dimasak sambal tumis.

Tak berapa lama lepastu siap dah semua kerja dapur maq. Anak menantu siap tolong cuci pinggan mangkok lagi. Beliau ada bagi tips ,Cara mudah nak kupas kulit telur burung puyuh yang telah direbus.

Anak menantu :

Kalau nak senang,  telur telur tu  direndam dalam air, lepastu kupas je basah basah macam tu, cara ni lebih mudah nak kupas. Kalau kering nanti kulitnya melekat lekat. Lambat nak siap.  


Allahhu, dalam diam dapat juga dia kongsi ilmu kat dapur. Actually, menantu maq memang rajin masak. Sebab tu beliau tak kekok buat kerja dapur termasuklah siang sayur sayuran.  Alhamdulillah..

semoga kalian bertiga senantiasa dalam lindungan kasih sayang Allah swt ❤

Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa