Assalamualaikum.
Selamat bercuti. Harini Tahun baru Cina dah masuk hari kedua. Tapi awal pagi tadi masa maq nak beli ikan dan sayur sayur. Kedai melayu masih ada yang tutup sedangkan kedai cina dah hampir kesemua dah buka pintu. Hehehe this is Malaysian.
Cuaca panas bedenting kat luar tu. Dari malam tadi , badan maq dah mula rasa "dedo" sebab semalam seharian maq ada aktiviti diluar rumah.
Semalam, seawal 8.00am dah keluar rumah untuk menghadiri majlis walimatul urus dirumah sepupu encik suami di Layang Layang, Johor. Disebabkan pertama kali kesana, perjalanan yang google map kata cuma ambil masa 1jam 35minit dah jadi 3jam , haha Kelako pun ada.
Bersama isteri abang ipar dan isteri adik ipar. Dan gelaran yang paling sesuai kita panggil, ' biras'.. |
Lepas ke majlis sepupu, kami gerak balik kampung halaman maq pulak. Koris here we come ! Lagi sekali kemeriahan terasa dalam suasana panas bedenting tu.
Bonda ratu hati. |
Dan pukul 8.00malam maq dah balik rumah sendiri, badan dah mula rasa dedo. So harini maq rebus biji barli. Orang kata air barli boleh sejukkan badan yang 'panas dalam'.
Walallahhualam. Tapi mencegah itu kan lebih baik dari mengobati. Sedap jugak air barli suam ni..
Cara masak air barli.
Ambil segengam biji barli, basuh 2-3 kali dengan air bersih. Rebus dengan 3 liter air. Mula guna api kuat, bila dah mendidih, kecilkan api dengan api paling kecil. Bila barli dah kembang, tutup api. Maq letak dua helai daun pandan wangi untuk aroma penyedap. Kalau air kurang, tambah dengan air masak. Agak agak je nak kepekatan macamana la ya. Dah siap, letaklah gula batu atau apa apa jenis gula pun boleh asalkan rasa manis.
Harap harap dedo maq kebah dan suhu badan maq stabil macam selalu.. Moga moga ❤
Harap2 dah kurang dedonye
ReplyDeleteWp : Alhamdulillah, beransur kurang dah ni. T. Kasih
ReplyDelete