Assalamualaikum..
Bila maq tanya Aida "ada buat permohonan mana mana IPT tak lepas habis SPM? "
Aida jawab? "takda".
Alasan Aida?
"Aida nak masuk form 6 ( pra U).
Aida malas nak buat pinjaman PTPTN untuk setahun lebih belajar ni. Nanti lepas habis form 6 ,aida dah tahu bidang apa yang aida boleh bawak lepas tu baru lah aida planning sambung belajar mana mana IPT pulak,insyaallah.. "
Sebagai ibu,
maq tak memaksa atau menghalang apa apa pilihan anak untuk masa depan dia. Bagi maq, biarlah mereka pilih hala tuju mereka sendiri. Nanti kalau maq memaksa pada bidang yang dia tak mampu tanggung, harapan akan jadi bebanan.
Form 6.
Sudah 2 orang anak maq laluinya dan pilihan mereka selepas itu adalah pada takdir dan rezeki. Allah lebih mengetahui.. Alhamdulillah.
Kalini sibungsu pulak buat pilihan serupa. Dan idea aida disokong oleh "aunty aunty " kat tempat aida kerja.
Opss..
Lupa nak beritahu, dah seminggu aida kerja disebuah cawangan syarikat textile ditempat maq tinggal dan dia dah mula kenal ramai orang termasuk " aunty aunty "disitu.Dan nama Aida pun sudah berubah. Ianya sudah jadi kepada "Aila" .
Mak, kata aunty kat situ kan,
" form 6 bagus maaa, saya punya anak, lepas form 6 , dia suda belaja itu U, suda mau kasi habis. Aila nanti masuk form 6 ya?"
*aida anggukkan kepala je*
Yep, sejak dari zaman along belajar lagi,pelajar form 6 , majoritinya adalah murid bangsa Cina. Murid melayu boleh dikira dengan jari. Kenapa ye?
Dari hasil siasatan peribadi,
budak melayu ramai kata belajar di tingkatan 6 tu susah nak bawak. Bosan. Cikgu tak best. Belajar dengan cikgu yang sama sekolah di tingkatan 5 dulu. Tak minat.
Bagi maq pulak,
bukan senang nak senang. Form 6 takda pinjam duit kerajaan. Usia 18-19 tahun, anak baru nak kenal dunia dan untuk anak anak macam anak maq, mereka belum terdedah dengan orang luar setakat ni, untuk dia berdikari lepas habis SPM, itu adalah terlalu awal dan membebankan bagi dirinya. Yang lagi satu maq risau, kejutan budaya. Allahhu.. Risau sangat.
Apa pun,
tiap orang ada pendirian masing masing untuk besarkan anak anak mereka. Dan kat atas tu cara maq mendewasakan anak maq.. Insyaallah.. |
Comments
Post a Comment