Skip to main content

Selawat Makkiyyah



Assalamualaikum.

Sempena sambutan maulidulrasul di Taman Bukit Perdana yang lalu , group whatsapp Biro , ada membuat aktiviti sampingan sebagai aktiviti maulud. Kami ahli ahli group whatsapp selawat makkiyyah telah membaca selawat makkiyyah berjemaah di Masjid Al Azim ,Taman Bukit Perdana ,pada petang tersebut.

Kitab yang digunakan.

Antara jemaah yang hadir untuk menjayakan

Ahli kumpulan yang terdiri dari ibu ibu ditaman kami

Kumpulan makkiyyah 6 ( kumpulan maq )


Kumpulan ini baru setahun ditubuhkan di Taman kami. Aktiviti berlangsung digroup whatsapp setiap hari. Apa kah selawat makkiyyah? Bawah ini serba sedikit infonya.





Kalau quran mempunyai 30juzuk tapi selawat makkiyyah ini hanya mempunyai 7 hizib. Bagi kami ahli kumpulan , setiap hari kami perlu habiskan 1 hizib . Bermula dari waktu maghrib hinggalah maghrib keesokan harinya.


Sebelum berselawat ,ahli kena niatkan pahala bacaan untuk siapa.


Pastinya pertama untuk rasulullah dan ahli keluarganya dan ahli keluarga kita.Boleh diniatkan untuk tujuan lain lain.Contohnya sebagai usaha rawatan penyakit.


Semua tu ada dicatitkan dibelakang kitab selawat tu. Kemudian disusuli dengan bacaan asmaul husna dan seterusnya bacalah selawat sampai habis satu hizib. Bila dah habis ,doa pula dibaca.

Mudah mudahan amalan ini Allah terima.

Aktiviti berselawat ini hanyalah antara aktiviti kami ,iaitu  golongan surirumah ditaman Bukit Perdana , Batu Pahat. 


Aplikasi whatsapp menjadi pengantaraan dan alhamdulillah , selepas setahun group yang dulu cuma 7kumpulan.Kini dah menjadi 11kumpulan.


Masa maq mula mula baca . Pernah terjadi satu kejadian.

Masa tu kami dalam perjalanan nak ke Melaka. Maq memang bawa kitab ini kemana je maq pergi sebab nak habiskan bacaan dalam sehari kemudian kena update sebelum masuk waktu maghrib digroup.

Ketika maq sedang baca , tiba tiba jantung maq degup kencang ,padahal dalam kereta tu sedang berirama lagu kegemaran encik suami nyanyian awie.

Tetiba masa tu maq rasa macam ada " someone /something ".Terasa bau badan sesaorang atau sesuatu yang datang menghampiri pada maq dan automatik airmata maq turun laju tak berhenti. Hati jadi sayu ,sebak dan dari dalam minda terus terkeluar dimulut dan tersebut ,

" ya Rasulullah , aku rinduuuu... 😭"

Airmata maq turun tanpa henti dan tanpa diketahui oleh anak anak dan encik suami. 


Dalam 10 minit jugak maq  menangis , bila dah lega sikit ,maq tarik nafas dan pejam mata terus peluk kitab  ini tanpa berkata apa apa..


Maq tak tau apa sebenarnya yang terjadi. Yang pasti itu pengalaman maq alami.

Satu hari , ustazah ada tanya maq ,

"ketika baca , awak ada rasa apa apa tak ,Puan Noraini ? "

Maq jawab ,

"ya , ada ustazah..saya rasa perasaan tu. "

Ustazah senyum dan berkata ,

"Alhamdulillah ..."


Sampai sekarang maq tak tahu jawapannya ,apa yang maq tahu , kamilah antara kumpulan pecinta Rasulullah ,yang takkan berubah rasa cinta itu sampai bila bila ,inshaallah...


Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai selawat barakat  makkiyyah , boleh search di google.Banyak info dalam tu yang anda mungkin takkan percaya. Apa yang penting ,niat kita ,itu paling utama ,inshaallah..

Comments

Popular posts from this blog

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal ? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan hart...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Perempuan Muslim boleh pakai Lipstik?

Assalamualaikum.. Sarapan sambil menonton YouTube pagini.Allah gerakkan jari buka ceramah dari Ustazah Asma' Harun. Bolehkah perempuan muslim pakai lipstik? Jawapan Ustazah: " jika diikut pada apa yang dikatakan oleh hati saya ianya adalah " tak perlu " ( tak boleh)  tapi adalah lebih baik bila kita nak buat sesuatu itu dimulakan dengan niat. Apa niat kita nak pakai lipstik itu. Kalau nak menarik perhatian manusia,adalah lebih baik tak perlu pakai tetapi jika disebabkan masalah masalah tertentu, contohnya sebab bibir terlalu kering atau mungkin disebabkan kalau tak pakai lipstik ,muka kita kelihatan pucat seperti orang sakit atau atas asbab lain,  makanya pakailah! Tetapi jangan  keterlaluan sehingga menarik perhatian orang disekeliling. Dicadangkan pakai lip gloss yang warnanya hanya samar samar sahaja." Menurut penjelasan ustazah tu, kita ini bila nak pakai sesuatu untuk diri kita kenalah diniatkan kerana Allah. Barulah selesa pada kita,  tak perlu...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...

Pesanan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum. Kenapa kadang terasa sudah kerja keras tapi duit masih rasa tak cukup ? 1- check solat. Mungkin Solat ala kadar, doa ala kadar 2- check tanggungjawab pada ibu bapa. 3- check aktiviti sedekah sekerap mana ianya berlaku. 4- check kerja ,kot kot buat kerja tak amanah. 5- check  silaturahim ,takut ada terputus ikatan itu. Muhasabah diri. ❤

Gadget Baru

Assalamualaikum.  Sejak doktor dah sah kan bahawa maq ada  masalah tekanan arah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT. Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat.  Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah,  pemotong ubat alat tekanan darah Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah.  Yang menghairankan,sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 !  Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78. Selebihnya seperti biasa, 127/80-122/79-120/72  Persoalannya kenapa dekat klinik kesihatan haritu bp maq tinggi mendadak???  Bila maq tonton di youtube.Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya.  - awal pagi dapat bacaan t...