Skip to main content

Jalan Jalan Pantai Timur 2018

Assalamualaikum.
Harini nak berkongsi pengalaman. Minggu lepas ,pada 17hb Disember 2018, maq dan keluarga berkesempatan berkunjung ke salah satu negeri pantai timur iaitu negeri Terengganu. Lokasi sasaran kami ialah pengkalan maritim ,Kemaman. Kenapa kami kesitu ?


Ya , ibu dan bapa saudara maq tinggal dan berkerja disitu , alhamdulillah. Apa yang menarik pada hari tersebut ,ayah saudara maq pelawa kami sekeluarga meninjau kapal maritim yang diberi nama K.M. Bagahak. Dasyat ! Bawah ini antara gambar yang sempat dirakamkan.


Tuan dan Puan. Terima kasih berkongsi pengalaman.

Banyak ikan siakap kat sini..itu kata abang kawasan

Ehemmm..

Gaya kena lebih, padahal semua takut bila kapal goyang goyang.

Ini yang belakon Titanic tu kah ? Tua dah..

Bilik mesyuarat yang sangat sangat terhad ruangnya. Tapi itulah tempat petugas berkerja.

Ni kalau nelayan asing nampak terus serah diri ,padahal belum diberi arahan menyerah  pun lagi.

Katanya bila malam,ramai orang luar datang mancing ikan disini.

Badan je besar,bila airlaut bergelora sikit,dah ngeri..

Gadis dan jeti. Katanya gadis tu iras kak nelofa ,huhu

Juragan berangan.

Banyak rahsia yang disimpan rapi disini , dan akan terus kekal jadi rahsia .

Ini pengalaman pertama maq. Berada dikapal peronda yang begitu canggih dan hebat. Apa yang paling menarik perhatian mata tua ini , untuk pertama sekali , dengan situasi dilautan yang mana kapal tersebut tidak berkaki atau pun senang kata hanya terapung apung diatas air laut, dipukul gelora yang kadang katanya mencecah ke 4/5 meter tinggi , petugas berada didalam kapal sehingga 5/6hari , mereka bertugas dalam ruang kapal yang sempit dan terhad , tidur tak lena ,makan apa yang ada , jauh dari isteri dan anak anak. Berhari hari menjalankan tugas dipersisiran dan sempadan laut negara ,berhadapan dengan pelaut pelaut asing yang belum tau tahap selamatnya, berani maq nak kata , ya , maq bangga dengan kerjaya ini! Terbaik !! Tabik !

Kalau sebelum ini maq cuma baca keluh resah ibu saudara maq yang bimbangkan suaminya pergi bertugas , sedangkan musim hujan dan musim berangin sedang berlangsung , sekarang maq paham keadaan itu. Isteri mana tak risau , isteri mana tak sayu ,isteri mana yang sanggup..  Tapi demi tanggungjawab , demi tugas , demi negara tercinta , mereka korbankan segala galanya ..Allah hu akhbar.😭

Kalau selama ini kita rasa kerja kita susah , kerja kita banyak risiko tapi bila musim hujan,  kita boleh tidur malam dengan lena dalam bilik ,diatas tilam yang empuk bersama anak anak dan pasangan. Rupa rupanya semua itu bukan bagi keluarga penguatkuasa Maritim. Isteri mereka sering gelisah ketika tidur dalam hujan malam.. 😭

Secara jujur maq katakan disini ,pengalaman pertama ini telah mengajar maq untuk bersyukurlah pada apa ada mu. Jangan mengeluh kerana tak semua orang  hidup seperti kamu malah ada jauh lebih sulit dari itu.


Allah ,lindungilah mereka dan ahli keluarga mereka   dengan sebaik baik pelindunganMu.. Aamiin ya Robbal alamiin..

Sebelum kami gerak balik ke Casa Adelia guest house di Kuantan ,  kami sekeluarga dijamu direstoren Terapung.

Menu yang sangat sedap disini. Hasil laut yang sangat segar .  Udang goreng tepung dia memang tip top. Terima kasih mama dan ayah Teh, moga Allah buka luas lagi pintu pintu rezeki kalian sekeluarga. Aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Muscat Malaysia - KKM

  Bismillah, Berita Baik buat peminat muscat . KKM dah buat kajian mengenainya dan kat bawah ini hasil kajian tersebut. Okey, katanya anggur shine muscat tidak tercemar.So korang dah boleh sambung beli semula. Ini cara maq bila beli buah buahan, Sebelum dimakan maq biasanya akan rendam dan basuh buah buahan yang maq beli dengan larutan air garam. Rendam dua tiga minit kemudian bilas dengan air bersih , bersih bersih. Usaha ini maq buat termasuklah pada buah pisang,betik dan buah mata kucing dan semua jenis buah buahan.Jika korang rendam buah mata kucing, nanti korang akan lihat keruhnya air rendaman tersebut.Menunjukkan betapa kotornya kulit luar buah tersebut. Tapi setakat ni maq belum rendam dan basuh  buah durian lagi.Korang rasa perlu ke? haha

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.