Skip to main content

Jangan Cepat Besar Nanti Rindu

Assalamualaikum.
Bila jaga baby sejak dia lahir hingga dia membesar dari hari kesehari , suasana tu orang lain tak boleh nak kata apa lah. Dia punya keseronokan hanya tuan badan je yang tahu. Bayangkan dari si baby tak tahu apa apa hingga dia dah boleh buat macam macam keletah ,dan semua itu terjadi didepan mata kita !

Subhanallah ..

Mungkin orang lain kata " heyy cepat jek dah besar budak ni ..."

Tapi pada maq " heypp.. Bio lah dia .. Kalau boleh nak dia macam tu jek. Nak dukung hari hari , nak peluk hari hari , nak cium bau masam dia bangun tidur hari hari. Nak mandikan hari hari sampai maq basah kuyup kena percikan air mandi . Nak  tengok dia gelak ,nak tengok manjanya dia nangis . Ehh .. Boleh kata semua lah maq nak tengok benda yang sama hari hari! Tapi dapat ke? Pasti takkan sebab proses tumbesaran manusia memang berlaku !

Contoh jek jaga Qaisara , dulu  masa baru jaga ,usia Sara 6bulan. Seronoknya bagi fokus kat dia ,layan karenah manja dia. Sekarang Sara dah umur 6tahun. Nak dukung dia ? Allah hu.. Terpele'ot pinggang maq nanti ,😂..

Sara dan adiknya Iman Anaqi. Tahun depan Sara dah darjah satu , iman pula 4tahun. Sekarangni dah tak mampu nak dukung budak berdua ni tapi jadi kawan gossip boleh lah ,😁 kalau maq peluk atau cium mereka pun dah malu malu. Dah pandai mandi sendiri dan uruskan diri sendiri. Kalau si Sara ,maq sikatkan rambut pun dia malu malu kucing sambil tadah kepala minta disikatkan. Tapi biasanya dia sikat rambutnya sendiri. Ajar dia berdikari.

Bagaimana dengan ainul ? Sejak umur ainul seminggu maq lihat ainul hinggalah keharini , apa yang paling buat maq rasa bersyukur sangat. Dia makin membesar dengan sihat  dan cerdik dan ...dan.. Tonton video bawah ni.


Video : Ainul marah bila kunci rumah diambil dari tangannya. Tok mak marah ,dia pun marah. Dah la mata sebelah tu merah sebab alahan  ,dengan riak wajah ainul yang pelbagai ,automatik tok maq rasa ,heyy cepatnya awak membesar ainul !! Allah huakhbar ..😭..

Rasanya saat ainul balik dari hospital ketika baru berusia seminggu tu ,tok mak masih ingat lagi bau tu...ya..bau baby , yang kata orang bau syurga..Subhanallah..

Sekarang? Ya sekarang ainul dah bau peluh dah sebab dah asyik lah duk berlari kehulu kehilir dalam walker tu. Hehe bau  asyemmmm,tapi tok mak masih kekal nak cium dengan peluh peluh tu sekali...😑


Semuga kalian membesar dengan sihat dan berjaya dikehidupan dunia dan akhirat..aamiin

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Idea Kosong Dibulan September

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! Yeeeee betuuuuul, Idea betul betul kosong giler bulan ini. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin serabut nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka. Nanti kalau dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum.

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Vaksin Meningococcal Digantung

  The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah Jumaat 8 Syaaban 1446H. Bismillah, Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain . Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini. Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru. Nauzubillahimiznaliq.. Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆 Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak...

Peak Season Pengaruhi Emosi Jemaah

  Bismillah, Kalau korang rajin berlaman sosial sebulan dua ni,confirm korang akan jumpa cerita cerita yang tak sedap dibaca mengenai travel travel agent yang ada di negara kita.Macam macam isu telah diviralkan. Maq pernah terbaca luahan hati sorang hamba Allah yang khabarnya travel agent dah aniaya dia sekeluarga,beliau juga mendoakan agar agensi tu melingkup bankrup asbab masalah hotel yang tidak menepati perjanjian dalam package yang jemaah tersebut sudah booking. Maq tak berani nak komen lebih lebih mengenai beliau sebab maq faham,hati yang tersakiti akan hilang pertimbangan. Cuma nak pesan ,hati hati, sebabnya masa ini jugalah syaitanirojim akan mencelah diri untuk ambil bahagian. Jom layan video video dari Ustaz Syakirin  sekejap. Moga kita dapat sedikit ilmu sewaktu lakukan haji dan umrah di 2 kota suci Mekah & Madinah. Seperti yang maq pernah kongsi pengalaman umrah maq pada post tahun lalu, 2 kali maq buat umrah dengan 2  agent travel, 2 kali juga kami dituka...

Raya PKPB covid19

Assalamualaikum.  Raya kita jaga kita ❤ Sejujurnya 2020 ni kami memang tak sambut Raya. 360` berbeza!  Apa yang diraikan pada 1 shawal semalam semata mata untuk meraikan anak anak dan cucu yang ada dirumah, tu je. Plan duduk dirumah atas arahan kerajaan Malaysia kami turutkan 100%. Kami taknak tanggung risiko. Ye beraya cuma sehari dan ianya hanya dirumah sendiri! Pertamakali berhari raya tanpa menyembah salam kat ayah ibu serta adik adik dan ahli keluarga lain. Hanya bermaaf maafan dengan ahli keluarga  yang duduk serumah. Pedihnya kat hati tu Allah je yang tahu. Hasil usaha kat dapur dengan anak anak Masak pun apa yang ada je sebab itu memang syarat yang ditetapkan oleh encik suami sebagai ketua keluarga. Masak sendiri, siap siap, kemudian makan sendiri. Tiada aktiviti ziarah menziarahi dihari raya itu satu ujian yang mengharukan,namun kami redha. Kepada emak abah, kami sayang emak abah serta semua yang lain. Kami nak kalian senantiasa sihat disepan...