Kek Oren Legend

Assalamualaikum.

Masa korang kecik dulu , emak korang mesti suka buat kek masa hari raya ,kan? Era tahun 70an /80an - kek adalah kuih wajib untuk tetamu berkunjung. Selain dodol ,baulu , kuih bangkit ,kuih siput , tumpi ,rempeyak. Dan paling legend ialah kek oren ! Pernah makan tak? Dulu dulu kita takda cookies ,takda almond london , takda kuih batik ,kek leleh ,tak ada tart cheese.

Kek oren ini bezanya pada rasa dia. Kalau kek oren sekarang cuma letak bahan perasa oren saja tapi ,kek oren legend , diaorang masak kek tu dicampur dengan kulit oren yang telah disagat halus. Sagat tau kan? Maaflah gambar kulit oren yang disagat tu maq lupa ambil. Seronok sangat masak , sampai lupa ambil gambarnya.

Bahan bahan kek oren.

Tepung kek 2cawan
Margerin 1cawan
Gula 1cawan
Kulit oren parut dari 2biji oren
Telur 2biji
Pewarna oren
Ovelet 1sudu
Perasa oren (kalau tak ada  pun boleh )

Caranya : Blend semua bahan , kecuali tepung dan kulit oren. Bila dah ringan dan kembang ,masukan dalam mangkok adunan. Masukan tepung sudu demi sudu sampai habis . Masukan kulit oren ,gaul rata. Sapu loyang dengan margerin.

Panaskan oven 150 suhu 5-10 minit. Bila dah panas ,masukan adunan ,masak dalam masa 30minit. Inshaallah sedap !

Peratikan bebetul. Ada nampak kulit oren yang disagat tu dalam kek tu ,kan?

Bila buat kek ,maq suka buat dari bahan semula jadi ,maq tak suka guna perasa tiruan yang terdapat bermacam jenis dipasaran tu. Semua tu tak elok untuk kesihatan kita pada  kesan jangka  masa panjang.


Nota maq : masa sagat ,jangan kena pada kulit putih yang dalam , sebab lapisan tu rasanya pahit ,nanti kek anda pahit , rasanya jadi tak sedap . Ambil lapisan kulit yang berwarna oren sahaja.  Sagat slowly..

Comments

Popular posts from this blog

Hak Pewaris Dan Hak Penama

Mula Buat Pilihan

Cabang rezeki dan doa pembuka rezeki.

Ke IKEA , Tebrau

Encik Suami suruh pencen mengurut

Bawang Berempah

Kita buat untuk kita