Skip to main content

Kawasan Larangan Merokok 2019

Assalamualaikum.
Beberapa hari lagi 2019 muncul dalam kamus hidup kita. Di Malaysia , banyak hal akan terlaksana bila tiba tahun baru ini.

Walaupun pemakaian kasut hitam untuk murid murid sekolah belum berkuatkuasa  sepenuhnya , tapi terdapat ibubapa mula bersuara ,harga kasut hitam murid sekolah dah naik . Okey ,itu lah hakikatnya. Tapi pada maq ,kalau tak berkuatkuasa pun pemakaian kasut hitam disekolah sekolah ,harga kasut itu tetap akan naik , sebab cukai pembekal sudah naik. Jadi ,jangan salahkan penjual kerana harga naik kerana ianya kesan dari pembekal. Redho lah..

Apa pun ,ini juga antara tanda tanda akhir zaman. Kata ustaz , tanda akhir zaman ,harga barang barang naik. Waallah hua'lam , Allah yang maha mengetahui pada setiap kejadian.

Selain isu kasut , isu perokok juga telah berkuat kuasa dan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Apa dia ?






Info ini maq dapat dari group whatsapp . Selain Kementerian berikan jarak 3meter perokok dari meja makan , perokok juga ditambah kawasan kawasan larangan merokok.


Nasihat maq : rokok dah mahal bang , eloklah kurangkan merokok tu ,nanti dah kurang ,perlahan lahan bolehlah  terus berhenti hisap. Badan pun sihat. Alam sekitar pun sihat dan keluarga pun sihat. Nasihat ini maq beri pertama kali nya buat encik suami tersayang ,  tapi setakat ni ,beliau sedang lagi belajar " mengurangkan " .sahaja , inshaallah ,maq takkan jemu mendoakan... 😊

"mencegah lebih baik dari mengubati"

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Idea Kosong Dibulan September

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! Yeeeee betuuuuul, Idea betul betul kosong giler bulan ini. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin serabut nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka. Nanti kalau dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum.

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Vaksin Meningococcal Digantung

  The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah Jumaat 8 Syaaban 1446H. Bismillah, Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain . Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini. Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru. Nauzubillahimiznaliq.. Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆 Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak...

Peak Season Pengaruhi Emosi Jemaah

  Bismillah, Kalau korang rajin berlaman sosial sebulan dua ni,confirm korang akan jumpa cerita cerita yang tak sedap dibaca mengenai travel travel agent yang ada di negara kita.Macam macam isu telah diviralkan. Maq pernah terbaca luahan hati sorang hamba Allah yang khabarnya travel agent dah aniaya dia sekeluarga,beliau juga mendoakan agar agensi tu melingkup bankrup asbab masalah hotel yang tidak menepati perjanjian dalam package yang jemaah tersebut sudah booking. Maq tak berani nak komen lebih lebih mengenai beliau sebab maq faham,hati yang tersakiti akan hilang pertimbangan. Cuma nak pesan ,hati hati, sebabnya masa ini jugalah syaitanirojim akan mencelah diri untuk ambil bahagian. Jom layan video video dari Ustaz Syakirin  sekejap. Moga kita dapat sedikit ilmu sewaktu lakukan haji dan umrah di 2 kota suci Mekah & Madinah. Seperti yang maq pernah kongsi pengalaman umrah maq pada post tahun lalu, 2 kali maq buat umrah dengan 2  agent travel, 2 kali juga kami dituka...

Raya PKPB covid19

Assalamualaikum.  Raya kita jaga kita ❤ Sejujurnya 2020 ni kami memang tak sambut Raya. 360` berbeza!  Apa yang diraikan pada 1 shawal semalam semata mata untuk meraikan anak anak dan cucu yang ada dirumah, tu je. Plan duduk dirumah atas arahan kerajaan Malaysia kami turutkan 100%. Kami taknak tanggung risiko. Ye beraya cuma sehari dan ianya hanya dirumah sendiri! Pertamakali berhari raya tanpa menyembah salam kat ayah ibu serta adik adik dan ahli keluarga lain. Hanya bermaaf maafan dengan ahli keluarga  yang duduk serumah. Pedihnya kat hati tu Allah je yang tahu. Hasil usaha kat dapur dengan anak anak Masak pun apa yang ada je sebab itu memang syarat yang ditetapkan oleh encik suami sebagai ketua keluarga. Masak sendiri, siap siap, kemudian makan sendiri. Tiada aktiviti ziarah menziarahi dihari raya itu satu ujian yang mengharukan,namun kami redha. Kepada emak abah, kami sayang emak abah serta semua yang lain. Kami nak kalian senantiasa sihat disepan...