Bloglist aktif untuk follower blogger

Assalamualaikum.
Bila ramai blog yang maq follow dah sunyi sepi. Terkesan juga bila mood blogwalking tengah membuak buak. Nak masuk blog mana ek? Kadang terfikir fikir. Bila semalam ada buat post pasal segmen bloglist 24jam dari blogger yang maq follow - blogger Mia Liana ,maq pun dah dapat satu idea..

Apakata maq letak link blog yang aktif yang maq follow dalam bloglist maq ? So , senanglah maq nak ziarah diaorang kan bila free ? Kalau dulu cuma seketul dua jek yang ada dalam bloglist maq tapi kalini mana yang aktif dalam readinglist maq ,maq akan ambil! Bukan 24jam jek tapi selagi masih ada hayat ! πŸ˜‚ haaa malas nak selongkar blog blog yang tak aktif tu lagi !

Antara blog yang maq dah listkan. Korang checklah kot blog korang tersenarai.

Ambil yang aktif kat sini,kat reading list jek..

Kadang masuk jugak blog sunyi tu, yang macam macam ada pun dah macam dah tak ada ,hahaha
Opss..maq gurau jeklah..

Apa yang diharafkan ,dengan adanya bloglist aktif tu ,makin naiklah view korang secara tak langsung. Readers maq tak lah ramai mana tapi inshaallah , ada..

Ni sambil sambil ni ,maq nak promote blog anak bungsu maq..budak ni dah ada lama dah blog tu , create masa dia tingkatan 1 dulu. Lepas tu dah ralit dengan mobile game , dah busy dengan pelajaran , cuti kalini dia cakap dia nak aktifkan blog semula . Maq ye kan aja hehe. Korang kalau rajin followlah gadis 16tahun tu. Bagi sokongan kat dia . Maq sebetulnya taknak dia asyik sangat dengan mobile game tu . Dalam blog nanti , atleast ada lah benda bermanfaat yang dia boleh kongsi ,yetak? Masuklah dalam blog Aida *

Bila kakak kakak ada nama kedua izzati kat surat beranak , tapi dia takda. Akhirnya nama kat akaun ni dia letak juga zaty ,πŸ™Š oh my anak..

Comments

Popular posts from this blog

Hak Pewaris Dan Hak Penama

Mula Buat Pilihan

Cabang rezeki dan doa pembuka rezeki.

Ke IKEA , Tebrau

Encik Suami suruh pencen mengurut

Bawang Berempah

Kita buat untuk kita