PassPort


Assalamualaikum.
Bila dah jadi suri rumah sepenuh masa. Kemudian dengan kerjaya sebagai babysitter sepenuh hati , peluang untuk berjalan jalan atau melancung memang tak ada. Kerana selain kekangan masa yang terhad ,bajet pun tak ada hehe.

Minggu lepas , ketika kemas laci tempat simpan dokumen diri sendiri dan  anak anak . Maq terjumpalah satu harta peninggalan Ahmad Albab , 😂.

Aikk ..Apakah ?

Tengoklah betapa legend nya passport maq. Dah boleh masukan dalam list barangan antik kot. Atau mungkin jadi bahan sejarah di museum negeri ,😂

Buat pada  4/12/1988 ! Kalau nak tahu, passport ni guna sekali je . Masatu maq dan family pergi ziarah makcik belah ibu dan abah kat Singapura.  Masa tu umur maq 21tahun . Lahai kenapalah takda group travel masa tu ek? Kalau tak mesti maq guna passport tu tiap tiap bulan . 5tahun tu ! 

Okey , ternyata ,bukan dah jadi isteri orang jek maq ni tak bebas sesuka hati kesana sini , masa bujang terang tang tang pun tak dapat juga  kebebasan nak jalan makan angin kesana kesini ,kecuali dengan keluarga. Inilah rezeki maq .. Maq redha kok.

Maq ada niat nak buat passport baru tapi masa belum mengizinkan lagi. Inshaallah dalam masa terdekat ni kot. Rindu nak keluar dari Malaysia walaupun sekejap - ( hati tua ini berbisik sambil pandang purse yang lenggang dan sunyi ) heeee..

Ada je rezekinya nanti..kan ? inshaallah.. 

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Aturan Allah Sangat Indah

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam