Kek Pisang

 

Kek pisang - sebelum letak toping..


Bahan kek Pisang.

Pisang  2cawan ( pisang berangan )

Tepung gandum 1cawan

Tepung naik sendiri 2cawan

Ovelet 1 sudu makan

Gula 1cawan

Minyak masak 1cawan

Telur B 2biji

Esen vanilla 1penutup

Cara :

Kedua tepung diayak untuk saring sampah kot ada.

Telur + gula + pisang + esen vanila + minyak diblend sampai kembang.Nak guna hand mixer pun boleh.

Bahan yang sudah diblend tu masukan dalam mangkok adunan. 

Masukan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit. 

Gaul sampai tepung habis.

Kacau perlahan lahan sampai adunan sebati.

Panas kan oven suhu 150 

Masukan adunan dalam loyang yang telah disapu margerin.

Bila oven dah panas ,masukan adunan dalam oven , set masa 50minit - 1jam . 

Mengikut jenis oven anda.

*Maq guna periuk noxxa ( cake/bake 50 minute)

Bila dah masak , sejukan dulu ,baru potong.

Petang ni anak maq suruh letak toping coklat berlys . Ok done !







Kek pisang ini maq belajar buat masa along darjah satu (tahun 2001 ) haaaa lama sangat dah tak buat. 

Bukan maq malas tapi anak anak dan suami lebih suka makan pisang fresh jek , so maq tak payah lagi nak susah susah masak pisang jadi kek !😂 


Tapinya ,ngko jangan caya sangat cik peah uii ,perempuan ini memang banyak alasan sebetulnya hahaha.


Kepada ibu ibu yang sedang sibok melayan selera anak anak yang sedang bercuti ni , silalah cuba resepi maq kalini. Sedap kalau makan panas panas , dalam musim hujan pulak tu.

 

Lepastu landing depan tv tengok ulangan drama " isteri bukan untuk disewa " pukul 4petang di astro Ria ,lawan pulak teh O panas kurang manis , fuyooo.. Merecik peluh didahi , 😂..


Okey , selamat mencuba , buat jangan tak buat.. 

Comments

Popular posts from this blog

Aida Ke Mine Optometrist

Dunia - Jun 2026

Orang Hidup VS Orang Mati

Apa Nak Buat Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang?

2 Muharam 1448H

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Sup Ayam Adam Aisy

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan