Skip to main content

Bagaimana Nak Jadi Mertua Yang Disenangi Menantu


Assalamualaikum.

Selamat hadir 2020. Harini anak anak  sekolah dinegeri Johor sudah pun memulakan sesi persekolahan mereka. Awal pagi lagi suasana dilorong dimana maq tinggal sudah mulai riuh.

Bunyi ibu ibu masak sarapan didapur,  suara anak anak menangis, merengek nak bangun pagi, suara ayah arah anak mandi pantas,  bunyi hon bas sekolah, suara anak anak seronok nak ke sekolah. Ye meriahnya.  Dah sebulan lebih suasana tu maq tak dengar sebab semuanya dalam suasana 'Cuti akhir tahun '.

Alamak  lari tajuk !!

Haaa pada 24hb Disember 2019 - genap 3tahun perkahwinan Along dengan pasangannya ( parents Ainul Mardhiah) .

Apa yang maq peratikan dalam tempuh tersebut,  along dan suami kena hadap terlalu banyak benda baru. Paling sukar  bagi Along nak urus ialah perhubungan dengan ipar duai dan mertua. Sebab dalam family kami pun, along  jenis suka buat hal sendiri. Dia tak selesa bila adik adik dia banyak hal.

Apa yang maq selalu pesan kat Along, jaga hati mertua.  Kebetulan Along duduk serumah dengan ibubapa mertuanya, jadi itulah kunci utama.  "jaga hati mertua".

Tapi post kali ini bukan nak kongsi pasal jaga hati mertua tapi maq nak kongsi bagaimana nak jaga hati menantu. Eh!  Terbalik kah cara ini?  Jawapannya tak puuun...

Menantu anda adalah Anak anda! Mereka pun punya kelebihan dan kekurangan. Dan bila mereka sanggup nak hidup dengan anak anda, itu adalah rezeki anda. Mereka didatangkan oleh Allah sebagai ahli keluarga baru untuk keluarga anda.

Jujur nak kata, anak menantu maq nanti pastilah kesemuanya wajib  lelaki!  Hakikat ini tak boleh nak ubah.  Yelah kan,  dah tentu tentu anak anak maq kesemuanya  perempuan.  Hehhee..

Dan lagi nak kata jujur, maq takda pengalaman urus anak lelaki dewasa, makanya senang kata, maq tak tahu menahu langsung apa ciri ciri mereka.  Dah tu nak buat macamana? Dalam masa 3 tahun menjadi mertua kepada Encik Mohamad Afif ( papa Ainul Mardhiah) bawah ini maq kongsi sedikit pengalaman maq sebagai mertua beliau. Dan Alhamdulillah, setakat ni,  Mohamad Afif adalah seorang menantu yang menyenangkan hati maq dan encik suami.

Bawah ni ada sedikit perkongsian dari maq untuk anda. Kalau agak logik tu, terimalah ye. Dan kalau macam tak masuk dek akal, mohon maaf.

Nak jadi mertua yang disenangi menantu?


1 - terima kehadiran anak menantu dengan hati terbuka, jangan terima sebab terpaksalah, sebab anak kita dah suka dia lah,  sebab dia kerja baguslah. Tidak! Tidak!  Dan tidak. Itu semua wayang.

2 - mertua kena paham, bahawa menantu tu anak dari keluarga lain, jadi janganlah paksa dia ikut 100% peraturan dalam keluarga kita. Pelahan lahan kita didik mereka untuk kenali aturan keluarga kita. Sambil tu jangan lupa juga,  kita kena belajar dari menantu, bagaimana didikan keluarga mereka.  Yang baik kita boleh je follow up,  pada maq benda tu tak salah.

3 - jangan menyebelahi anak kita kalau mereka ada perselisihan  paham.  Sebagai contoh maq pernah beritahu kat anak menantu maq:

 " jangan berjanji apa apa dekat isteri awak tu sebab sekali awak berjanji sampai kiamat dia akan ingat,  dan janji yang tidak tertunai akan jadi kudis yang merebak . Misalnya kalau rasa tak yakin dengan bajet hujung bulan, jangan berjanji nak ajak jalan jalan ketempat tempat yang dia cita citakan. Itu jerat tu.  Nanti 24jam dia akan ulang siar cerita tu sampai dia letih.  Tapi  biasanya dia takkan letih . Nanti benda remeh tu silap gaya  boleh jadi gaduh" . Dan menantu maq paham situasi tu.

4 - jangan sibuk nak berkongsi  hasil pendapatan anak menantu.  Dia ada tanggungan yang wajib bagi dirinya. Kalau dia ada lebih,  tentu dia akan hulur tanpa anda minta. Dan kalau dia tak hulur tu, itu bukan tanda dia kedekut tapi itu tanda belum ada rezeki untuk anda.

5 - Berpesan pesan anak menantu,pasal solat, pasal dosa dan pahala.  Anak menantu dan anak anak kita bakal jadi penyumbang sedekah bila kita dah meninggal dunia nanti. Doa  dari mereka lah yang Allah beri laluan dahulu.

6 - kalau ada menantu lebih dari seorang, jangan bandingkan mereka kerana lain orang lain kelebihannya.

7 - jangan cari kekurangan menantu sebab anak kita pun bukannya sempurna sangat.


Okey cukuplah tu beberapa cara bagaimana nak jadi mertua yang disenangi oleh anak menantu.

Maq tidak memilih siapa yang layak jadi menantu maq. Asalkan dia lelaki tulin,  rajin berkerja,  penyabar, taat perintah Allah, bijak menghadapi situasi perempuan  yang selalu angin satu badan ( anak anak maq )  dan sayang bini tapi bukan jenis takut bini tau..maq tak suka lelaki takut bini, mereka tu tak ikhlas ,šŸ˜‚

Jasa seorang ayah. Harapan maq,  anak anak menantu maq mampu menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab untuk kehidupan didunia dan diakhirat. Moga moga ❤

Comments

  1. Assalamualaikum Madam Maq,
    nampaknya setiap fasa yang dilalui memang tak lari dari menghadapi krisis identiti. Maklumlah, semuanya proses yang tidak boleh tidak perlu dihadapi dalam hidup ini. Bagus sekarang ini, sebab banyak pendapat dari fikiran terbuka untuk membincangkan banyak perkara tentang hubungan di antara anak dan menantu. Maknanya, tidaklah lagi seperti dahulu, terlalu ikut budaya orang-orang kita sehingga ada pihak yang terpaksa menjeruk rasa.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Amie. Ye, peredaran zaman dah merubah segalanya.Sekarangni Isu keruntuhan rumahtangga banyak melibatkan campurtangan mertua. Kesian kat anak anak sebab mereka tidak dihargai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...