Air Laut Pantai Bukit Batu, bersih dan jernih!


Assalamualaikum.

Pada tahun 2017 - banyak berita yang maq dengar mengenai persisiran  pantai di Batu Pahat kian terhakis.  Khabarnya kemungkinan beberapa tahun akan datang, daerah Batu Pahat akan ditenggelami oleh air laut.  Allahuakhbar..

Namun kerajaan ketika tu sudah ambil banyak tindakkan untuk mengelak hakisan semakin berlaku. Alhamdulillah  sedikit sebanyak ianya berhasil.

Ahad lalu, selepas balik dari Tanjung Hill,  kami pergi pula ke pantai Bukit Batu,Senggarang ,Batu Pahat, Johor. Pantai ini asalnya adalah pintu keluar masuk nelayan nelayan setempat di situ.

Dan ini merupakan pengalaman pertama maq kesana. Jauh juga nak masuk ke laluan laut tu tapi disebabkan jalan kampung tu sudah pun diturap cantik, akhirnya kami sampai juga  kesana.

Tapi kebiasaannya memang macam tu lah kan? Bila pertamakali  kita masuk ke sesuatu tempat, perjalanan itu memang terasa jauh sangat kan? Kalau dah biasa, dah tak terasa dah semua tu. Bawah ini ada video video pendek yang sempat maq rakamkan.

Actually  video ni tak berapa panjang pun tapi maq tak boleh nak masukan durasi 2 minit tu dalam entri blog ni, katanya its too long, adeh.. Jadi terpaksalah maq kerat 18 ! 😂 gurau jekkk..





SubhanAllah..

Pantai yang indahnya secara semulajadi. Tenang dan bersih. Akhirnya maq jumpa  juga persisiran persisiran yang dikata terhakis tu. Doa sangat  sangat daerah Batu Pahat takkan tenggelam seperti pakar pakar pengkaji alam nyatakan sebelumni.

Apapun, Alam ini hanya pinjaman. Jagalah sebaik mampu sebelum ianya musnah. Begitu juga  dengan manusia.. ❤

Jauh dah air laut hapuskan daratan. Sebelum ini pokok pokok bakau tu berada diatas darat. Allahhu.. 

Comments

  1. Prevention is better than cure. Dah byk pantai di Kelate yg terhakis. Kesian kpd sedara mara yg dok di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa. Rumah dah ditenggelami air laut.

    ReplyDelete
  2. Abam Kie : semoga saudara mara Tuan tabah dengan ujian ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026