Kenangan 11 Julai 2026
Bismillah,
Sabtu 11 Julai 2026.Semua warganegara yang mykad bernombor 01 dan berusia 21 tahun keatas,wajib keluar untuk memilih siapakah yang layak jadi wakil rakyat ditempat mereka.
Maqnie tak ketinggalan juga untuk laksanakan tanggungjawab sebagai pemilih.
Pada awalnya maq rancang nak keluar mengundi sebelah petang,mengikut arahan yang dinyatakan dalam semakan undi tu.Lagipun biasanya sebelah pagi jalanraya memang sesak padat dengan kenderaan dan pengundi.
Tapi siapa kita nak mengubah ketentuan Allah?
Alhamdulillah , seawal 8.30pagi hujan dah turun di kebanyakkan tempat dinegeri Johor termasuklah ditempat maq tinggal iaitu Bandar Penggaram,Batu Pahat.
Angah mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,so dari Johor Baharu dia terus ke pusat mengundi.Kiranya dalam keluarga kami,Angah orang pertama memangkah kertas undi.Semangat sis!
Bila Angah beritahu dalam suasana hujan lebat tu tak ramai pun orang keluar mengundi, akhirnya maq tukar plan A kepada plan B.Kami gerak awal pergi mengundi biarpun hujan masih turun dengan lebat.
Maq mengundi dipusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam.Along pun ditempatkan di lokasi ini.
Encik suami pulak di Sekolah Agama Taman Bukit Perdana ,sama tempat dengan anak bongsu kami,Aida.
Tak sampai pun 30 minit ,kami berdua akhirnya berjaya menunaikan tanggungjawab kami ditempat masing masing.Fuh legaaa...
Line memang clear sangat sangat.Tak sempat jeling jeling orang sebelah ,tetiba dah siap.Alhamdulillah semua dengan izin Allah.
Sedikit kenangan pada hari mengundi.
![]() |
| Sempat jugak briskwalk sebelum hujan turun |
![]() |
| Tempat maq buang undi TMS ( Tengku Mariam School) |
![]() |
| Tempat encik suami buang undi. SABP ( Sekolah Agama Bukit Perdana) |
![]() |
| Alhamdulillah,selesai sudah. |
Tahniah kepada parti yang menang. Tanggungjawab kami sudah pun selesai, kini kerajaan negeri pulak kena lakukan tanggungjawab mereka untuk rakyat jelata.Lakukanlah kerana Allah taala.
Untuk Dun Penggaram,tahniah! kemenangan telah berpihak kepada parti Pakatan Harapan. Kami akur semua ini sudah ditentukan Allah swt.
Dan hari ini 13 Julai 2026,Kerajaan negeri Johor umumkan cuti peristiwa untuk bangsa Johor .
Alhamdulillah.❤








Comments
Post a Comment