Orang Hidup VS Orang Mati

 

Bismillah,

Dalam hidup ini kita kena selalu fikir pasal orang mati.Jangan terlalu fikir pasal orang yang masih hidup.


Kenapa?


Kata ustaz bila kita banyak fikir pasal orang hidup,nanti kita susah nak buat persiapan untuk kita mati.


Memori 2019.Program ziarah Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya.


Belakang kami tu kawasan perkuburan Baqi' yang mana undang undangnya hanya orang lelaki je boleh masuk dan orang perempuan tidak dibenarkan.


Kenapa kami berniqab?
Saja nak rasa aura jadi mak mak arab hahahaha.


Guys,bila kita ziarah kawasan perkuburan automatik kita akan ingat mati.Tapi ramai orang taknak pergi kubur alasannya kawasan kubur keras.


Ye betul,batu nisan dan kepoknya kebanyakkan diperbuat dari kayu cengal dan batu sungai serta bermozek.Sebab tu keras!


Dah 2026 - tolong guys, buang fikiran kolot tu.Pergi ke kawasan kubur akan jadikan diri kita insaf.Dan kita akan terasa banyaknya dosa yang belum lagi terampun sedangkan mati tu datangnya tanpa tanda tanda awal.







Comments

Popular posts from this blog

Aida Ke Mine Optometrist

Sup Ayam Adam Aisy

Dunia - Jun 2026

Apa Nak Buat Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang?

Kari Idaman Suri

2 Muharam 1448H

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan