Skip to main content

Makan Ayam Goreng Muiz Bersama Ainul Mardhiah

 

Bismillah,

Sempena cuti sekolah minggu ni,Ainul balik rumah kami.Rindu kat tokmak dia lah tu.Semenjak masuk darjah 1,aktiviti Ainul padat ,termasuklah pergi balik sekolah kebangsaan ,Kemudian pergi sekolah agama ,lepastu pergi kelas Quran dan malam ,buat kerja sekolah pulak. 


Alhamdulillah, Ainul dah lancar membaca rumi dan jawi.Mengira dan sifir pun alhamdulillah dan semakin lancar.Biarpun akaun tiktok dia masih aktif.Hahaha nothing to say la.Budak zaman now.Asalkan media sosial dia dipantau.Doa yang baik baik je.


Semalam cuti 2/6/2025.Kami bawa Ainul jalan ke Bandar Muar.Encik suami nak belanja cucunya makan ayam goreng Muiz diMuar.Padahal kat Parit Raja Batu Pahat ni ada jugak kedai ayam goreng Muiz tu.


Tapi kata encik suami ,kita support yang dah lama buka,cawangan Parit Raja tu cawangan baru,next time boleh pergi.Lagipun Muiz kan buka 24 jam! Ok,baik lah...

Muiz Parit Raja coming soon.


🥰

❣️

😍

😎


Terima kasih tolong koyakkan sos...


Sepatah 2 kata tentang ayam goreng Muiz.


Tahniah,ayam rasanya sedap dan saiznya besar.Harga pun mampu milik , ais krim pun sedap,puas makan.Tempat bersih ,pekerja tiptop (rajin dan peramah) moga terus sukses dalam usaha.Kekalkan saiz ayam tu please...


Kami support bumiputera first!


Sebelum balik Batu Pahat ,kami singgah Masjid Sultan Ismail kemudian melepak kejap kat dataran Bandar Muar.

Lepas solat zuhur ,sempat touch up muka dengan bedak compact dan lipstick - Masjid Sultan Ismail ,Muar



Sambung makan ayam Goreng

Sebetulnya cuaca panas litlit ,so kami pilih santai bawah pokok je.Sambil ditiup angin petang.


Singgah Pantai Leka.

Maq suka tengok awan kat langit tu,macam lukisan .Maha suci Allah.


Semoga Ainul Mardhiah seronok jalan jalan bersama kami.Malam ni 3/6/2025 - mama papa dah datang ambil Ainul balik setelah 4hari 3 malam Ainul bersama tokmak.Next cuti nanti boleh balik rumah tokmak lagi.

Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Kita Hanya Seorang Hamba

Perihal Penyakit Ain

Daging Korban Nak Masak Apa?

Dos Bertambah Sebab Degil

Muslim Malaysia Beruntung

Aidil Adha 2025

Resepi Samperit Klasik

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi