Ilmu Untuk Dikongsi
Bismillah,
Bila dah menuntut ilmu.Ilmu tu perlulah disampai sampaikan kepada yang lain.Ini pesan ustaz dikelas fardhu ain yang sampai bila bila pun maq akan ingat.
Dan bermula tahun 2026 ni,selepas Maq terima sijil khatam al Quran dari pejabat agama islam,Johor pada akhir tahun 2025.Maq mulalah berkongsi ilmu dikalangan anak dan cucu maq terlebih dahulu.
Ini pun atas nasihat ustazah yang mengajar Maq.Kata beliau maq layak untuk mengajar al Quran atas sebab sebab tertentu.Yelah,kan ustazah tu pengajar maq so dia lebih memahami kelebihan dan kekurangan anak muridnya yang sorang ni.
Kebetulan pada bulan April yang lepas ,Along nak cari pengajar al Quran untuk Ainul dan Adam.Maq cadangkan Along hubungi ustazah yang ajar maq mengaji tu tapi atas alasan waktu ustazah dah sangat terhad.Sebabnya murid ustazah dah terlalu ramai jadi ustazah kata Maq je mengajar cucu cucu maq sendiri.
Mula tu maq tak yakin dengan keupayaan maq ,tapi selepas didesak oleh ustazah dan Maq pun fikir,apa guna cari ilmu kalau maq tak kongsikan kepada anak cucu?Macam sia sia je kan.Lagi pun ustazah berjanji,kalau maq ada apa apa masalah masa mengajar,ustazah akan bantu Maq.
Akhirnya maq pun setuju dengan cadangan ustazah.Bermula la episod buka kitab Al Quran dan iqra' bersama cucu cucu.
Kelas kami secara online sebab itu je cara yang maq mampu.Rumah Along pun agak jauh dari rumah maq,kalau nak mengaji bersemuka akan habiskan masa dalam perjalanan sesaja je nanti.
Ye sis,hanya mengajar secara online jer.
Harini ,alhamdulillah.Dah nak masuk bulan ke 4 maq ajar cucu cucu.Adam dah masuk iqra 2.Dah kenal semua huruf hijayyiah dan Ainul pulak dah sampai juzuk 3.
Alhamdulillah mereka mengaji sambil belajar ilmu tajwid.Moga moga cucu cucu tok mak akan terus bersahabat karib dengan al Quran didunia hingga ke akhirat.
![]() |
| Sebelum tutup kitab iqra',Adam akan disoal dengan bacaan ayat yang tokmak bulatkan tu. |
![]() |
| Harini 16 Julai, Ainul dah mula belajar tentang huruf qalqolah.Alhamdulillah ❤ |
Moga moga Ainul dan Adam istiqomah mencari ilmu Al Quran.Tok mak janji,tok mak takkan menekan nekan cucu cucu ketika mengajar quran ❤



Comments
Post a Comment