Skip to main content

Tahun Ke 30 Maqnie Nurseri

 

Bismillah,

Alhamdulillah.Terima kasih Allah untuk setiap rezki dan nikmat yang diberikan kepada kami hingga ke saat ini.


Alhamdulillah.Diam tak diam ,tahun 2026 ini genap 30 tahun Maq berkerjaya sebagai seorang 'baby sitter '. Ini juga bermakna dah 30 tahun taska dirumah Maqnie Nurseri beroperasi.


Boleh baca pengalaman maq dalam dalam label ini.



Bermula dari 'tolong jaga anak jiran' akhirnya berpanjangan usaha ni sampai ke hari ini.


Bila diimbas kembali,rupanya maq dah jaga 3 generasi.

 

Gen Y ( 1981- 1996 )

Gen Z ( 1997-2012 )

Gen Alpha ( 2013-2024 )


1- Generasi Milenial (Gen Y) : 1981-1996

Waktu umur maq 14 tahun,maq dah jadi ' babysitter termuda' waktu itu.Baby tu lahir pada tahun 1981.Siapa? Beliau adalah adik lelaki maq.


Masani ibu kami kena keluar bekerja asbab nak bantu abah sara keluarga.Ibu kerja dari awal pagi dan balik pukul 12 tengahari.


Dan pada waktu ini juga,maq berada ditingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan.Sesi persekolahan pula belah petang , so bila ibu dan abah keluar berkerja,maq lah diamanahkan jaga adik.


Sambil buat 'homework' yang diberi cikgu ,maq urus makan minum dan siapkan mandi dan mengawasi pergerakkan adik.Umur beliau setahun lebih.Dan aktiviti mengasuh adik berjalan hampir setahun.


Bila maq dah kena masuk kelas sesi pagi,adik terpaksa dihantar kerumah jiran kami ( rumah ibu saudara kami ).


Dan maq pun berhentilah jadi pengasuh termuda.


Berkahwin pada tahun 1993.Tahun 1994, Maq dapat anak pertama dan buat keputusan berpindah rumah ke Taman Banang Jaya untuk mencari kehidupan sendiri bersama keluarga kecil kami.


Waktu ni kami hanya menyewa.Tuan rumah sangat baik.Dia caj RM 100 je sebulan untuk sewa rumah tu.


Terima kasih orang baik.Allah je mampu balas kebaikan awak sekeluarga.


Tahun 1995 Maq dapat anak kedua pula. Alhamdulillah rezeki aturan Allah.Bila anak ke dua masuk umur setahun, ada jiran kami cari pengasuh untuk anak sulungnya.Dulu dulu cuti pantang 60 hari je ,so baby tu berumur 2 bulan.


Jiran maq minta tolong jagakan anaknya.Atas nasihat kawan kawan kejiranan ,akhirnya maq setuju.Masatu niatnya nak cari duit poket sendiri.


Itulah pemulaan maq jadi babysitter yang sebenar.Mengasuh dari pukul 7.45pagi hingga 6.00 petang.Bayaran masa tu RM150/bulan.


Tapi belum cukup setahun jaga,keluarga baby kena pindah tempat kerja so berakhirlah pengasuhan maq diTaman Banang Jaya.


So maq teruskan aktiviti membesarkan anak sendiri.


2 - Generasi Z ( Gen Z) : 1997-2012

Tahun 1997 Maq dapat beli rumah sendiri.Rumah kos rendah.Ini lah rumah yang kami mampu beli.


Tahun 1998 seorang kawan sekampung minta maq tolong jaga cucunya yang berusia setahun lebih.Maq sanggup sebab anak anak maq pun dah besar sikit masa tu.


Tahun 2002 Maq melahirkan anak yang ke tiga.Stop sekejap jadi babybsitter sebab nak fokus kat anak anak sendiri.


Bila anak ke tiga berusia 2 tahun ,jiran maq minta tolong maq jagakan anak beliau. Umurnya sebaya dengan anak maq - 2 tahun.


3 - Generasi Alpha ( Gen Alpha ) :2013-2024

Dan bermulalah kerjaya maq disini.Ditaman Bukit Perdana.Orang panggil maq , 'Kak Ani jaga budak'. Okeyla gelaran tu. Atleast adalah 'title' sikit nak glamour kat taman perumahan kami ni hehehe.


Diam tak diam,maq dah jaga lebih 30 ke 40 orang budak.Ada yang jaga dari habis pantang ( umur 2 bulan) ada yang dah besar 1-2 tahun, ada yang transit dan ada yang jaga sebagai pengganti pengasuh lain yang bercuti.


Dan ada juga yang suruh jaga macam dah taknak ambil anak dia.Sepertinya dia bagi anak dia tu biar maq jaga sampai bila bila ! 


Apa taknya,waktu hantar kemain awal tapi nak ambil anak macam dah lupa jalan nak masuk lorong rumah maq.Kita yang dirumah duduklah menunggu ,


"manalah orang ni tak datang ambil anaknya.Hari dah semakin senja,kerja kerja rumah dah banyak nak diuruskan,maghrib dah nak masuk.Anaknya yang dah mandi dari pukul 5 tu dah jadi serabai semula."


Paling letih nak memujuk si anak bila dia dah mula merengek tunggu emaknya nak ambil bawa balik.


Alasan parent? pergi minum dengan kawan,pergi beli baju kalau bawa anak nanti katanya susah nak pilih.


Paling lawak lagi, parents boleh kata, ala lupalaaa nak ambik !!! adoii.Nak ambil anak kat rumah pengasuh kok boleh lupa.


Macam macam karenah dan ragam manusia maq dah jumpa.


Tak disangka sangka ,rupanya itu juga salah satu punca maq dapat tekanan darah tinggi.


Kata doktor maq penat,stress dan waktu rehat maq kurang. Nak buat macamana kan,anak anak tu amanah yang diberi. Kenalah ambil tanggungjawab dengan baik.Kan kita nak rezeki yang berkat.


Pada era tu bayaran paling mahal kat Batu Pahat untuk penjagaan sorang budak ialah RM150-RM200.RM 250 untuk 12 jam.


Itu pun masih ada yang cakap maq caj mahal. Ada yang tak dapat nak bayar dan minta kurang.Ada yang dah dijaga tapi lupa nak bagi gaji yang sepatutnya jadi hak milik maq.


Paling pedih hati ,bila ada yang cakap maq tak bagi anak dia makan padahal anaknya yang makan cerewet.


Orang sekarang namakannya sebagai ' picky eater'.Tapi orang dulu tak tahu masalah tu. Mereka anggap rumah pengasuh adalah tempat dimana anak diaorang boleh naikkan berat badan.


Tapi ada juga parents yang terlalu baik hatinya.Dibawakan beras,ayam,telur, biskut,roti dan macam macam lagi.Bukan untuk anaknya saja tapi untuk Maq sekeluarga jugak!


Moga melimpah ruah lagi rezeki keluarga tu sampai bila bila,inshaallah Aamiin..


Tahun 2026 - Dan maq masih lagi mengasuh. Sekarang ni ada dua amanah yang maq jaga buat kawan maq waktu siang.


Maq dah tak mampu nak jaga ramai macam dulu dulu. Kanak kanak era sekarang ni ramai yang hiper aktif ,picky eater dan maq dah tak larat nak layan semua benda baru macam tu.


Peredaran zaman memang dah banyak berubah dan  mengubah.Dari segala sudut telah berubah termasuk cara nak besarkan anak anak.Cara berkomunikasi dengan anak anak alpha pun dah tak sama macam dulu.


Maq pernah pesan kat anak anak maq.Didik anak bukan suruh mereka takut dengan orang tapi didik mereka supaya tahu cara nak hormat orang.Cukup!


Apapun , syukur alhamdulillah.Anak anak asuhan maq ramai yang dah berjaya.Ada juga yang sudah berkeluarga.Dan ada juga yang sudah pun kembali kepada penciptanya.


Moga jasa baik parents anak anak asuhan maq yang sudi berkongsi rezeki dengan maq sepanjang 30 tahun ini,Allah balas dengan balasan syurga.Aamiin...


Terima kasih Allah untuk segala galanya.💕


Photo terbaru Maq.
 Bersama cucu maq yang pernah tokmak mengasuh waktu beliau bayi.
Thank you  Ainul Mardhiah💖


Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana setiap jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda (dam). Larangan larangan tersebut adalah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini. Dalam ihram perbuatan yang dilarang, ...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Assalamualaikum. Banyak kawasan istirehat di daerah Batu Pahat ni tapi ada beberapa tempat yang maq belum pergi. Antaranya Bukit Tanjung ( Tanjung Hill ). Kenapa maq tak pernah pergi sedangkan kawasan tu terletak hanya 1kilometer dari kampung halaman maq ( Pekan Koris) 1- kawasan tanjung ni jauh jaraknya dari jalanraya utama.  Untuk kesini kena naik motosikal atau kereta. Zaman maq muda muda mana ada kereta dan motosikal, basikal pun tak punya. Yang ku punya hanya cinta.. Huhu melalut sudah.. 2-  Dulu dulu, disini merupakan kawasan tentera tentera buat latihan,jadi agak mustahil ibubapa maq nak lepaskan anak dara sulung dia kesini.  Bahaya! 3 - ada kawasan perkuburan lama kat sini.  Bila sebut kawasan kubur, sebagai remaja masa tu, kami lebih kepada seram.  Padahal kuburlah tempat terakhir kita disemadikan nanti. Semalam sempat maq cari lokasi tersebut.  Tanjung Hill atau Bukit Tanjung. Tapi maq tak naik pun atas bukit tu sebab keadaan terla...

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Dalam rehat yang penuh kerehatan dah masuk hari enam rupanya. Maq baru tahu pasal kisah yang selama ini ada keturunan Rasulullah di Batu Pahat. Dan Wali Allah itu sudah pun meninggal 10 tahun yang lalu. Habib Syed Ali bin Ja'far Alaydrus. Dalam seminggu ni maq dah selongkar hampir kesemua  google dan youtube yang berkisah mengenai arwah habib ni. Allahhu sayang nya maq tak tahu semua tu sebelum ni. Menurut penjaga makam arwah habib,  wali Allah memang takkan dikenali oleh orangramai ketika hayatnya, mereka hanya akan terkenal setelah mereka meninggal dunia. SubhanAllah.. Keturunan Rasulullah ini mempunyai ilmu yang tinggi. Wali Allah ini mempunyai syafaat yang Allah izinkan untuknya. Hidup serba sederhana dan sangat merendah diri dan beliau sangat memuliakan tetamunya. Bila dah tonton banyak video  mengenai beliau, timbul rasa malu dalam diri maq. Beliau hamba Allah yang punya banyak ilmu,  punya syafaat, y...

Doa Amalan Neelofa

Assalamualaikum. Maq jumpa doa atas ni kat twitter. Budak budak twitter seronok mengedit doa ini. Macam macam pattern mereka edit doa yang agak panjang ini. Mereka kata Lofa amalkan doa tersebut, siapa yang tak percaya , diaorang suruh masuk instagram  naurashares.   . Dan , ye memang  betul ada! Ok , benda baik tak salah dikongsi... Nota maq : berdoalah yang baik baik kerana ia adalah sesuatu yang sangat baik.Apa yang kita dapat dalam hidup ini datangnya dari doa kita dan doa dari orang lain untuk kita. Inshaallah ❤

Umrah nak beli cenderahati apa?

Assalamualaikum. Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia? Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar! Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping. Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati. Namun bila lihat duit yang be...