Bismillah,
Adapun peperangan global ini belaku di kawasan selatan Arab Saudi.Bukannya belaku di Mekah atau Madinah.Lapangan terbang yang terlibat adalah Sana'a dan Abha.Jauh jaraknya dari Jeddah atau Madinah.
Maq lihat ramai jemaah dah mula risau perihal perjalanan umrah mereka.Ada yang buat pertanyaan di group group umrah ,haji difacebook.Ada juga di threads dan boleh kata di kesemua laman sosial.Kebimbangan tentang penerbangan dan situasi di Arab Saudi waktu ini.
Nasihat maq satu je,perbetulkan niat asal.Nak pergi umrah untuk buat ibadah.Kalau takut mati,kat mana mana pun akan mati jika dah sampai ajalnya.Tak pergi umrah mati,pergi umrah pun mati.Kat Malaysia mati,kat luar negara pun boleh mati.
Kalau takut perang.Dan nak tunggu perang kat negara timur tu berhenti? Sampai hari kiamat baru mereka berhenti. Berperang diakhir zaman ini orang ikut nafsu bukan lagi guna akal yang waras.Sebab itu dunia tak pernah aman 100%.
Adalah lebih baik jemaah yang dah daftar tu serahkan semua pada ketentuan Allah.Tunggu je apa juga kenyataan terkini dari syarikat pelancongan yang sudah didaftarkan dan dari syarikat penerbangan yang bertanggungjawab .Banyakkan berdoa yang baik baik.
Hasbunallah waneqmal wakeel.
Yang nyata,umat islam sekarang memang sedang dikacau bilaukan dengan berhabis habisan oleh mereka yang anti kepada islam.Termasuk dinegara kita ,Malaysia.So tak heranlah kalau nak buat ibadah tu ada saje gangguan gangguannya. Yakini takdir Allah,rezeki kita telah diatur indah oleh Nya ❤

Comments
Post a Comment