Skip to main content

Tips Maq Mendidik Cucu

 

Kata nasihat ustaz**

Bismillah,


Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan.


Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau!


Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain.


*Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja.


*Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa mereka berkumpul itulah waktu korang kena rehatkan badan.


*Tegur bila cucu buat silap.Betulkan kesilapan dan tunjukan yang baik.Jangan sayang / kesian nak marah cucu.Nanti budak tu tak ikut arahan,korang jugak yang pening kepala.


*Jangan gelak bila cucu buat salah.Ala bebudak..No!! Didik dari budak nanti dah tua bangka dah susah nak diajar.Silap gaya kita pulak kena didik dengan mereka.


*Jangan sebab terlalu sayang,korang biarkan je budak tu sampai tua pakai lampin pakai buang.Nanti dah sekolah,budak tu jugak yang terkesan dengan alam persekolahannya.Benda boleh belajar dirumah tapi diuji dekat sekolah.Cikgu bukan ada masa banyak pun nak urus cucu korang sampai ke tandas.


*Jangan beza bezakan cucu cucu korang.Semua tu adalah waris korang.Entah entah cucu yang korang palau tu nanti yang akan uruskan korang bila korang dah uzur nanti.


*Jangan taburkan cucu dengan kemewahan.Nak itu dapat! Nak ini dapat!Biarpun korang jutawan sekalipun,ajar cucu berhemah guna harta benda.Sebab kita tak tau apa akan belaku dimasa hadapan.Kesian kalau cucu cucu korang tak pernah rasa hidup susah tetiba situasi begitu belaku.Orang yang dah terbiasa hidup secara sederhana & hidupnya susah,mereka lebih santai bila diuji.


Ada banyak lagi tips yang boleh dimasukan dalam list ni tapi maq malas nak taip panjang panjang.Jimat tenaga hahaha..


Harap harap beberapa panduan tu boleh bantu korang.Kot la satu masa nanti korang pulak kena jaga cucu.


Kenapa maq kata macamtu? Sebab sekarang suami isteri memang kena kerja.Nak hantar pengasuh kos kadang tak masuk akal.Untuk ofis hour ,ada caj sampai RM 600- 700/sorang anak asuhan.Tu belum yang kerja 12jam  jaga  pakej seminggu sekali baru ambil anak.Mau makan ribu riban kena caj.


So parents zaman now memang akan minta atok nenek jagakan baby mereka.Sebagai langkah keselamatan dan langkah nak save bajet.Well,macam kita semua tahu , hidup ini kan ujian.


Bila korang ada peluang jaga cucu ,maq ada dengar satu ceramah yang mana ustaz tu ajar supaya dibacakan surah Al Kausar untuk dapatkan cucu yang cerdik.


Caranya ,bila cucu bangun dari tidur ,letak tangan atok atas kepala cucu dan bacalah surah tu.



Comments

Popular posts from this blog

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

  Assalamualaikum. **setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..! cewah ..hehehehe.. Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.  Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee..  25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ?  PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat .  "Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂 bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesi...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Tahniah Kepada Semua

  Bismillah, Tahniah kepada parti Barisan Nasional yang dah menang majoriti di 2 negeri pada pilihanraya negeri baru baru ini.Iaitu dinegeri Johor dan Negeri Sembilan. Tahniah kepada rakyat yang dah berusaha keluar mengundi. Tahniah kepada anak perantau yang dah bersusah payah merentas kesesakan disepanjang lebuhraya hingga ke tempat mengundi. Tahniah kepada semua petugas SPR (Suruhanjaya pilihanraya Malaysia ) yang dah berjaya menguruskan dengan sebaik mungkin dari awal hingga ke akhir proses pengundian di kesemua kawasan. Tahniah kepada para penyokong yang berakhlaq baik disepanjang pilihanraya berlangsung. Malaysia akan aman jika semua orang ambil peduli pada semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Parti yang 'tak dapat menang' tu,anda sepatutnya bersyukur sebab masih ada beberapa kerusi lagi yang masih setia menanti kehadiran anda disisinya. Sekarang kuasa dah dalam tangan,sila jalankan amanah yang diberi.Ahli politik 2026 bebas dari sifat muncul bermusim.Mereka...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤