![]() |
| Hasil dari dapur Maq. |
Nasi Dagang.
Hidangan untuk anggaran 10 orang.
Bahannya:
- basmathi 6 cawan (cawan sukatan ricecooker)
- beras pulut 1cawan (cawan sukatan ricecooker)
- santan kotak 200ml
-bawang merah 3 ulas
- halia ½inci
-halba 2 sudu makan
-air secukupnya
-garam secukupnya
-gula 1 sudu makan
-minyak masak 2 sudu makan
Cara masak :
Basuh beras basmathi dan beras pulut.Rendam 30 minit ( maq guna periuk noxxa so tak perlu rendam lama )
Hiris halus bawang merah dan halia.
Bancuh santan,minyak masak, garam,air,gula dan bahan yang dihiris dalam satu mangkuk.
**Maq sukat air guna cawan sukat beras je.6 basmathi + 1 beras pulut (airnya 8 cawan )Ini untuk sukatan air sahaja tidak termasuk santan tu ye.Santan kotak tu maq tak campur air ,terus masuk dalam mangkok je.Kacau semua bahan hingga santan tidak lagi berketul.Kalau nak masak atas api sekejap pun boleh tapi jangan sampai mendidih.
Masukan beras dalam rice pot ,masukan bancuhan air dan bahan bahan tadi.Kacau rata dan tekan suiz periuk nasi.
Jika guna periuk noxxa ,masak dalam masa 7 minit je.Tombol periuk tu setting pada bahagian pressure dan tekan menu 'rice' .Inshaallah nasi akan dimasak dengan jayanya.
Gaul gaulkan nasi sebab nanti ada sedikit pati santan yang terapung atas nasi.Gaul manja manja dan tutup sekejap bagi wap panas buat kerja dia.10 minit lepastu ,nasi dah boleh dihidangkan.
Nasi dagang versi maq,biasanya Maq lawankan dengan lauk ayam masak kari yang ditambah dengan sedikit kerisik & bahan ulamnya pula maq guna :
Timun ,karot,bawang besar ,jus lime,cili padi,gula dan garam.Potong ikut citarasa anda semua sayuran tu dan gaulkan macam buat rojak jelatah nasi minyak ,cuma versi Maq takda letak nenas.
Korang boleh la cuba!


Comments
Post a Comment