Bismillah,
Lebih seminggu tak buka blog.Idea jadi beku bila badan tak sihat.Dimulai dengan sakit tekak, demam ,selsema dan akhirnya batuk.
Macam biasa ,maq takkan ke klinik kalau demam sebab ubat memang sentiasa ada dalam simpanan.
Ubat sakit tekak - makan ais krim perasa vanila,perasa lain tak nak.
Ubat demam -minum lebih air masak & ambil panadol bila perlu sahaja.
Ubat selsema - mandi lemon. Lemon sebiji belah 2,lepastu potong nipis nipis,ambil air bersih dalam setengah baldi ,ramas ramas hirisan lemon dalam air tersebut sambil baca niat ( ikhtiar untuk sembuh dari selsema dan demam ) baca bismillah 5,selawat 1/3/5/7 kali. Mana mana jumlah pun boleh.Guna air tu sebagai air bilasan terakhir mandi. Lepas tu lap macam lepas mandi biasa.
Ubat batuk - jus nenas +halia ( blender sampai halus ) kemudian tapis dan tambah madu ikut suka .Kalau ada sakit asma , nenas tu ganti Teh O panas ,halia racik racik je,masukan madu tutup sekejap kemudian dah suam ,minum.
Ye ,itulah senarai ubat ubat maq bila sakit.So memang tak perlu ubat dari klinik lagi.Kecuali kalau dah 7-8 hari masih demam, barulah ke klinik. Tapi biasanya 4-5 hari Okey dah.Inshaallah dengan izin Allah.
Dan katanya ramai yang demam,selsema batuk pada akhir tahun 2024 ini? Jagalah kebersihan diri ,kebersihan hati dan kebersihan rumah anda. Inshaallah yang baik baik didoakan buat semua.
Tapikan kalau dah berusia macam maq ni, bila sakit sikit je dah takda fikir lain selain " mati ".
Apa pun ,maq doakan semoga semua yang tak sihat tu cepat diberi sembuh...Aamiin
Jom selawat❣️
Comments
Post a Comment