Ok,Maq awal awal dah beritahu kat anak bongsu.Sebelum dia pun terjebak sama dengan spekulasi macam orang yang diatas tu.
![]() |
3XL |
"Aida jangan pulak sangka maq ni tiru style ustazah ustazah pulak dengan tudung labuh macamni.
Sebetulnya tudung saiz 2XL 3XL ini lah penyelamat maq kat dunia ini dah juga kat akhirat nanti."
"Tudung labuh ni dah tutup bentuk badan bahagian belakang maq dan juga bahagian hadapan bila jalan diluar.
Maklumlah badan saiz besar ni hanya berpakaian longgar je buat diri rasa selesa dan yakin bila bergerak."
"Contoh waktu jalan jalan, kalau tiba tiba angin bertiup kuat, apa pun tak boleh nak ditutup tapi dengan tudung ini." " Paling tidak pun kita masih selesa dipandang oleh mata bukan mahram.Masih boleh dikawal dari sudut pandangan 360° " |
"Lagi satu andaikata terjadinya sesuatu kejadian yang tidak diduga,dengan tudung saiz besar dan labuh ini kemudian pakai handsock dan stokin, maq dah boleh terus pergi solat.Syaratnya tubuh dan pakaian dalam keadaan yang bersih dan suci" |
" Akak akak yang nak pergi umrah tu, beli lah tudung saiz 3XL yang saya jual ni.." ~ penjual tudung ditiktok.
Silap tu sis, tudung saiz 3XL tu mereka yang tak pergi umrah pun layak pakai. Sebab tutup aurat sempurna bukan sahaja ketika nak buat umrah,tapi setiap masa bila seorang wanita itu nak keluar rumah.Juga jangan diabaikan tentang kewajipan menutup kedua dua belah kaki dan tangan sehingga ke dua pergelangan tangan juga.
![]() |
![]() |
Semoga kita terus istiqomah dalam melakukan hal hal yang baik dan jangan lupa teruskan berselawat.