Hadiah Penutup Tahun 2024
![]() |
Harini 31/12/2024 - maq ada temujanji dengan doktor di KKBP .Ambil keputusan pemeriksaan darah yang dijalankan pada bulan Jun 2024 lalu.
Daftar kehadiran sepatutnya pukul 8.00pagi ,tapi untuk mengelakkan kesesakan di klinik , pukul 7.10 pagi maq dah beratur di hadapan klinik.Dapatlah nombor giliran yang ke 10.
Sedang elok beratur tadi ada seorang petugas KKBP buat pengumuman,bermula Januari 2025 ,Jangan datang terlalu awal.Kalau temujanji pukul 8.00 pagi, datanglah pukul 8.00pagi.
Haaaa..masak matt.Pesakit dahlah ramai yang nak jumpa dengan doktor.Rasanya nanti petugas KKBP lagi kelam kabut sebab kena serang dengan kami dalam satu masa yang sama.
Dan satu lagi keputusan yang maq dapat dari hasil temujanji dengan doktor pagi tadi.
Doktor tambah satu jenis ubat lagi buat maq.
Puncanya adalah urine maq dah tak clear result nya dan doktor cadangkan maq ambil ubat yang kat bawah ni selama 14 hari sebagai ujian.
Kemudian selepas 14hari maq kena ke KKBP semula untuk diambil darah untuk pemeriksaan lanjut.Okey arahan diterima...