Air Berkabonat keluaran Saudi

 

Bismillah ,Alhamdulillah,


Cola - keluaran terkini dari Saudi.


Katanya air berkabonat ini sedang viral di Arab Saudi.Alhamdulillah, ada hamba Allah yang sudi berkongsi rezeki.

Terima kasih daun keladi.

Rasanya seakan sama macam air coke juga, cuma,bila kena pada tekak maq,sedikit masam dan kurang rasa manisnya,tekak wargamas memang macamni, korang tu orang muda tau apa hahaha


Adik kakak yang nak ke Mekah & Madinah tu boleh lah cari kalau nak merasa.


Biasanya bila beli nasi arab atau nasi mandy atau nasi anak unta ,setiap set nasi tu nanti mereka akan serta kan air tin jenama pepsi,tapi asbab pepsi adalah produk boikot,makanya air cola saudi boleh jadi pilihan.


Masyaallah.


Tapi minum air buah buahan segar lagi bagus kalau korang pergi ke dua dua  tanah haram tu.


Sebab?


 Disana kita sangat perlukan vitamin C semaksima mungkin.Ini disebabkan perubahan cuaca,kurang rehat, aktiviti harian yang padat serta perubahan waktu siang malam yang berbeza dengan negara kita.Semua ini akan buat badan jadi penat dan senang dijangkiti penyakit.


 Bismillah Halal !


Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026