Pesanan 26 Disember 2024

 



Bismillah, Alhamdulillah..

Dah lama tak buat pesanan.

Harini hati tergerak nak menaip pasal pesanan peribadi.Andai satu hari bila owner blog ni dah takda lagi,pesanan ni bolehlah dikenang nanti.


Okey maq nak pesan,

Didik anak dari kecil elok elok.Biar nampak garang macam singa tapi bukan membunuh.Garang garang singa pun ia tetap manja kalau kena pada cara.


Kenapa maq suruh didik  anak elok elok? kerana hasil didikan itu bakal dibawanya hingga ke hari tua nanti.Didikan itulah juga yang bakal ditunjukkan pada masyarakat diluar sana.


Bila dia tunjuk perangai baik syukur alhamdulillah.Tapi jika yang sebaliknya ? 


Kesannya nanti anak juga yang jadi mangsa padahal puncanya kita,Kita dah jadi ibubapa yang salah dalam usaha mendidik anak anak.


Bila dah tua bangka dah tak boleh nak diubah.Benda pun dah makan tahun.Dah jadi darah daging.


Kesian...


Dan lebih kesian lagi bila orang keliling mula pandang serong.Sedangkan apa yang si anak buat selama hidupnya emak bapaknya tak pernah pun nak ambil peduli.Akhlaq baiknya kelaut. Hormat hak orang kelaut.Tanggungjawabnya kelaut.


Serba serbi hilang kelaut. 


Akhirnya jadilah dia seorang orang yang membesar dalam prinsip "asal boleh je".


Bila dah berkahwin ,yang jadi mangsa nanti adalah pasangannya.24 jam makan hati dan memendam rasa bila dapat spisis macam ni.Ada takda hidup dalam pasrah selagi mampu.Bila dah tak larat,ambil keputusan angkat kaki.


Padahal puncanya segala masalah hanya dari didikan emak bapak,satu keturunan boleh merana!


Harap korang boleh paham ayat ayat maq.


Akhlaq dijaga !



Jom selawat ***

Popular Posts