Skip to main content

Bendir Mula Berputik

 


Bismillah,Alhamdulillah,

Malam tadi sempatlah maq menjengah "kebun sayur bendir " yang maq semai bulan pada 10 yang lalu.Dengan keluasan kawasan 3 pasu pokok bunga ,nampaknya ke 3/3 pokok sudah pun berputik.

Alhamdulillah...
3 pasu pun dah kira luaslah kan haha

Tapi macam biasalah, tanaman dikawasan rumah maq ni sering diganggu dengan hidupan perosak pokok.Yang tumbuh melata pada batang pokok dan daun pokok.

Kami kat sini panggil benah.

Dan bila maq tanya kat anak sulong bagaimana nak hapuskan benah tu? beliau cadangkan sembur je pokok tu dengan cuka kayu.

Mana nak beli cuka kayu tu?

Kedai online banyak katanya.
Ok,inshaallah nanti maq buat "research" pasal cuka kayu dekat tiktok shop.

Guys, pokok terung tu memang spisis malas nak tumbuh ek? Sejak disemai sampailah malam ni, tingginya masih lagi paras 3-4 inci.Agak agak ada masalah juga ke ek pokok terung tu?


Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Tudung Labuh Ikut Gaya Ustazah?

Iltiqa' Sakinain

Usia Pernikahan Yang Ke 31

Handphone

Demam Akhir Tahun 2024

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

Kenangan di Raudhah , Masjid Nabawi

Kawal Je bukan Sembuh

Tidak Berkerja Tapi Nak Buat Buku Simpanan di Bank?