Kursus Pengenalan Wirid Khaujakan Batu Pahat

 

Bismillah, Alhamdulillah.

21/12/24 ,semalam.


Dengan izin Allah maq diberi rezeki masa untuk pergi ke program kursus pengenalan wirid khaujakan.


Kursus  berlangsung di Masjid Jamek Ar Raudhah , Peserai ,Batu Pahat,Johor.

Sabtu 21hb Disember 2024

Pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari







Mungkin ramai yang belum tahu apakah itu wirid khaujakan.Wirid khaujakan merupakan ibadah wirid  yang ditulis dengan disiplin dan peraturan yang lengkap.Ianya mengandungi ayat ayat Al Quran ,zikir dan selawat , asma' ul husna dan doa doa mustajab.


Fokus utamanya adalah untuk pembangunan kerohanian dan keredhaan Nya untuk kejayaan hidup didunia dan diakhirat.


Mula dikenali dikalangan masyarakat islam pada zaman Sultan Aulia'  as Syaikh Abdul Kadir Jailani dan  as Syaid Muhamad Haqqi An Nazali kira kira 1000 tahun yang lalu.


Di Malaysia, khususnya di negeri Johor ,wirid khaujakan mula dikenali sejak awal tahun 1940an. Diperkenalkan oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil  bin Abu Bakar Al Bantani. 


Wirid khaujakan ini telah disenaraikan antara wirid yang dibenarkan oleh Jabatan Agama islam negeri Johor. 


Nak tengok live pada krusus kebajikan Khaujakan yang maq join semalam?

 Tonton disini.


**Korang kalau nak tau lebih detail tentang wirid khaujakan boleh lah buat carian di gerobok encik google.




Teruskan berselawat*

Popular Posts