Bismillah ,Alhamdulillah.
Dulukan masa maq muda muda. Ada satu perasaan pelik yang maq rasa bila tengok orang orang yang pernah jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.
Apataknya,baru balik beberapa bulan dah cakap rindu, teringat ingat suasana kat sana. Padahal mereka kesana kan nak buat ibadah semata mata .
Nanti lepas diaorang balik haji dan umrah ,berbondong bondonglah jiran tetangga,saudara mara datang ziarah.Mereka seronok bertanya khabar berita dan mendengar cerita serta pengalaman jemaah.
Dan, bila maq dah semakin tua menua ni, baru maq paham kenapa situasi tu belaku.Rindu tak pernah padam guys.Dah pergi sekali rasa nak pergi lagi ,lagi dan lagi. Dah 4 tahun pergi pun masih belum boleh move on lagi. Betapa dasyatnya perasaan tu.
Padahal masa memula doa kat Allah dulu, seumur hidup dapat sekali pergi Mekah Madinah pun cukuplah.Rupanya bila Allah nak tetamunya datang kembali, dengan cara apa sekali pun tetap diundang lagi.Duit ada ke takda itu bukan halangan kalau Allah nak bagi peluang seterusnya untuk hambaNya.
Maha suci Allah.
![]() |
Tapi bagi pihak maq secara peribadi,maq lebih kepada rasa ,Aku diundang sebab dosa aku yang terlalu banyak,😭
Terima kasih Allah yang telah hadirkan rezeki buat kami dari pelbagai sudut.
Ni dah tiba dah musim haji 1446H.
Bakal tetamu Allah dah mula seronok buat macam macam persediaan. Maq pulak yang excited bila baca status mereka di Group Jemaah Haji Facebook
Hahaha ko dah kenapa maq, giliran ko lama lagi padahal...
Guys ,doakan maq.
Semoga ada rezeki tunaikan haji sebelum "pulang".
**Kalau nak diikut kan, tahun giliran tu memang jasad maq dah dikandung tanah dah tu.
Comments
Post a Comment