Skip to main content

Buah Yang Disebut Dalam Quran

 


Bismillah , Alhamdulillah.

Kurma adalah antara buah yang Nabi cakap ada di syurga. Selain kurma , ada juga buah delima, zaitun ,tinn ,pisang, labu dan anggur yang disebut dalam Al Quran.

Bukti?









Dan kalini maq nak beritahu yang kurma ajwa yang ada dalam gambar kat atas tu, harganya cuma RM 36 sekilogram ( free postage ) Nak lagi murah tunggu sale payday.

Kurma saiz S & M.

Maq beli kat tiktok shop.

Rasanya segar ,lembut dan sedap.


Nasihat maq korang dah boleh dah beli buat stock untuk bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal muncul sikit masa lagi.Awai tak kalut! 


Kalau korang ada join group "prep" ditelegram,kurma adalah antara makanan kering yang dicadangkan untuk di "prep". Berguna untuk support tenaga manusia. Kurma boleh disimpan 2 hingga ke 3 tahun bila dalam keadaan darurat & peperangan. Cuma pastikan ianya dalam keadaan kering.

waallahua'lam.



Jom selawat**

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Lembaga Tabung Haji Dah OK?

  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti samaada ianya pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ini,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penat kan kaki belari nak masuk link facebook tu lagi. Musim jerebu ni semuanya nampak samar samar,bahaya. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan, sila hubu...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Peperangan Global 2026

  Bismillah, LAPORAN PALING TERKINI 12 Oktober 2026 Rantau Timur Tengah berdepan risiko gangguan digital besar-besaran selepas Iran mengeluarkan amaran keras untuk memutuskan rangkaian kabel internet bawah laut sekiranya AS dan Israel melancarkan semula serangan atau memperluaskan konflik di rantau berkenaan. Amaran itu disuarakan secara rasmi oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Rezaei, dalam satu wawancara televisyen terbaharu hari ini. Menurut Rezaei, strategi pertahanan Iran kini telah beralih kepada pelan yang jauh lebih luas dan menyeluruh, tidak lagi hanya tertumpu kepada sasaran ketenteraan konvensional. "Jika satu lagi peperangan tercetus, banyak kabel, pusat data, kemudahan kecerdasan buatan (AI), dan tapak-tapak lain di rantau ini akan musnah," tegas beliau. Beliau turut menambah bahawa kemudahan penderia pintar milik AS di sekitar Teluk juga berada dalam radar sasaran mereka. Kenyataan agresif ini dilaporkan oleh agensi berita rasmi Ira...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...