Skip to main content

Rayuan Haji 2025 (1446H)

 



 Bismillah,Alhamdulillah.

Permohonan rayuan haji telah bermula pada 19 Disember 2024 yang lalu.


Anda yang belum dapat tawaran tapi mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi tetamuNya, sudah cukup tabungan, mempunyai kesihatan yang baik, boleh la mencuba untuk buat rayuan.



Pengecualian kos penuh diberikan kepada 3 kumpulan iaitu:

1) Mahram 

2) Pembantu Jemaah Lanjut Usia

3)Pembantu Jemaah Kelainan Upaya (OKU)


Definisi jemaah lanjut usia ialah 75 tahun ke atas. Mana-mana pembantu jemaah dibawah usia 75 tahun akan dikenakan bayaran penuh.


Kos haji dengan bayaran penuh ialah RM33 300.


Lain-lain rayuan yang  tidak termasuk dalam 3 kategori ini akan dikenakan bayaran penuh.




Jika ada sebarang kemusykilan,terus ke pejabat TH untuk dapatkan penjelasan dan info yang benar dan telus supaya urusan rayuan lebih mudah.


Info  dari pihak TH:

Tiada syarat untuk penuhkan terus RM33,300 semasa buat rayuan. Kalau dah terpilih baru cukupkan duit.




Info ni maq ambil dari group haji di facebook.Saja kongsi disini.


 Korang yang rasa dah ada kemampuan ,sihat tubuh badan dan nak sangat mengerjakan ibadah haji, boleh cuba buat rayuan di cawangan TH yang berdekatan.


Sekadar mengingatkan,THijari akan cuti pada tarikh yang tertera digambar dibawah.





Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?