Skip to main content

Black Garlic

Bismillah ,Alhamdulillah..

Dah lama maq mengidam nak makan bawang putih lanang yang hitam ni, haritu bila tengok review semua cakap orang sedap,maq pun beli.


Bawang putih diperam sampai hitam.Nak tengok macamana cara buat boleh cari kat youtube.


Review dari tekak wargaemas macam maq, rasanya manis manis, strukturnya kenyal macam kurma tapi bau garlic dia ada lagi sesikit.


Maq buat ulam makan dengan nasi panas,sambal hijau dan ayam goreng ,rasa sedap Allah bagi, Alhamdulillah sangat sedap!


Walaupun dalam video kat tiktok ,tiktoker makan black garlic ni macam makan jajan.Tapi pada maq layan dengan nasi dan sambal lagi sedap.


 
hitam ,kenyal dan manis.



Apa khasiat black garlic ( bawang lanang) ini ?

okey lulus !


Korang yang belum cuba dah boleh cuba.
Cari kat tiktok shop je senang.

Bismillah,halal !

Jom selawat **

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Usia Pernikahan Yang Ke 31

   Bismillah,Alhamdulillah. 27 November 2024  telah pun berlalu. Maka genap sudah 31 tahun usia pernikahan kami. Terima kasih Allah untuk setiap nikmat dan rezeki yang diberi. Terima kasih Allah untuk setiap ujian yang dilalui. Terima kasih Allah untuk segala galanya. Maq tak minta lebih ,melainkan semua yang baik baik sahaja untuk ikatan halal ini. Dilancarkan pada semua urusan untuk dunia hingga ke akhirat. Aamiin Allahhumma Aamiin... Video hasil kreatif dari Along. Terima kasih Akak* Terima kasih juga kepada mereka yang telah mendoakan kami.Doa yang serupa juga dari kami buat kalian sekeluarga. Aamiin.. **jom selawat

Rindu Yang Jadi Rahsia Allah

  Bismillah ,Alhamdulillah. Dulukan masa maq muda muda. Ada satu perasaan pelik yang maq rasa bila tengok orang orang yang pernah jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Apataknya,baru balik beberapa bulan dah cakap rindu, teringat ingat suasana kat sana. Padahal mereka kesana kan nak buat ibadah semata mata . Nanti lepas diaorang balik haji dan umrah ,berbondong bondonglah jiran tetangga,saudara mara datang ziarah.Mereka seronok bertanya khabar berita dan mendengar cerita serta pengalaman jemaah. Dan, bila maq dah semakin tua menua ni, baru maq paham kenapa situasi tu belaku.Rindu tak pernah padam guys.Dah pergi sekali rasa nak pergi lagi ,lagi dan lagi. Dah 4 tahun pergi pun masih belum  boleh move on lagi. Betapa dasyatnya perasaan tu. Padahal masa memula doa kat Allah dulu, seumur hidup dapat sekali pergi Mekah Madinah  pun cukuplah.Rupanya bila Allah nak tetamunya datang kembali, dengan cara apa sekali pun tetap diundang lagi.Duit ada ke takda itu bukan halangan kalau Al...

Hasil Dari Kebun Pasu

  Bismillah ,Alhamdulillah. Harini kutip hasil dari "kebun dalam pasu" Sayur yang maq tanam pada akhir bulan 10 haritu dah boleh dituai. Dari 3 pasu pokok bendi,dapatlah 4 batang bendi.Jadilah buat raso raso 😂 Daun kunyit dan daun limau purut tu untuk masak rendang ayam ,inshaallah. Alhamdulillah,ini adalah percubaan.Langkah seterusnya insyaallah bakal menyusul. lokasi kebun pasu maq. Tengok kebun dari anjung rumah pun dah boleh. Takyah turun tanah. Lepasni kawasan pakir bakal bertukar kepada kebun pasu peribadi. Kalau korang perasan dalam gambar ,jiran maq tanam pokok pisang dalam tong cat je tau. Daun pisang boleh digunakan untuk masak ikan bakar. Good idea kan?  اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  Edited :Lepas Asar tadi , its done! Lauk untuk makan malam kami bertiga nanti ,inshaallah,  Semua hasil dari kebun pasu. sayur bendi goreng , lebih bawang besar dari sayur bendinya 😎 rendang ayam daun kunyit bersepah 🤣 Alhamdulillah, Rezeki milik ...

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

  Bismillah, Bila diajukan soalan ,macamana pulak nak rasa seronok pergi Umrah?Bukankah kita kesana sebab nak buat ibadah? Okey. Kali ini biar maq berkata atas dasar pengalaman sendiri. Memang nak buat ibadah itu tujuan paling utama bila kita pergi umrah. Tapi ada sesetengah jemaah bila buat umrah mereka akan rasa tertekan dan hajat yang bertahun tahun dipendam  jadi tak seronok. Dalam cuaca panas dibumi Saudi ,jemaah terpaksa berpusu pusu dengan jemaah lain yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.Rasa makanan yang disediakan juga kadang kadang tidak menepati tekak melayu.Tu yang nanti selera tetiba hilang entah kemana. Rutin keluar masuk masjid dan aktiviti ziarah luar juga akan buat jemaah keletihan dan jadi stress.Terutama bagi mereka dah lanjut usia dan gerak guna wheelchair. Belum lagi diuji dengan masalah di bilik hotel, makan minum, mutawif yang tidak beri kerjasama dan juga masalah kesihatan. Nak buat ibadah pun diuji?  Ye ,ujian itulah yang menambahkan lagi pahal...

Demam Akhir Tahun 2024

  Bismillah, Lebih seminggu tak buka blog.Idea jadi beku bila badan tak sihat.Dimulai dengan sakit tekak, demam ,selsema dan akhirnya batuk. Macam biasa ,maq takkan ke klinik kalau demam sebab ubat memang sentiasa ada dalam simpanan. Ubat sakit tekak - makan ais krim perasa vanila,perasa lain tak nak. Ubat demam -minum lebih air masak & ambil panadol bila perlu sahaja. Ubat selsema - mandi lemon. Lemon sebiji belah 2,lepastu potong  nipis nipis,ambil air bersih dalam setengah baldi ,ramas ramas hirisan lemon dalam air tersebut sambil baca niat ( ikhtiar untuk sembuh dari selsema dan demam ) baca bismillah 5,selawat 1/3/5/7 kali. Mana mana jumlah pun boleh.Guna air tu sebagai air bilasan terakhir mandi. Lepas tu lap macam lepas mandi biasa. Ubat batuk - ½ biji nenas +½inci halia  ( blender sampai halus ) kemudian tapis dan tambah madu ikut suka .Kalau ada sakit asma , nenas tu ganti Teh O panas ,halia racik racik je,masukan madu tutup sekejap kemudian dah suam ,minum. ...

Tudung Labuh Ikut Gaya Ustazah?

Bismillah, POV : pakai tudung saiz 2XL-3XL tu dah macam ustazah ustazah je aku tengok. Dah tu pakai pulak handsock, pakai stokin semua tu, tak rimas ke ek? Ok,Maq awal awal dah beritahu kat anak bongsu.Sebelum dia pun terjebak sama dengan spekulasi macam orang yang diatas tu. 3XL "Aida jangan pulak sangka maq ni tiru style ustazah ustazah pulak dengan tudung labuh macamni.  Sebetulnya tudung saiz 2XL 3XL ini lah penyelamat maq kat dunia ini dah juga kat akhirat nanti." "Tudung labuh ni dah tutup bentuk badan bahagian belakang maq dan juga bahagian hadapan bila jalan diluar.  Maklumlah badan saiz besar ni hanya berpakaian longgar je buat diri rasa selesa dan yakin bila bergerak." "Contoh waktu jalan jalan, kalau tiba tiba angin bertiup kuat, apa pun tak boleh nak ditutup tapi dengan tudung ini." " Paling tidak pun kita  masih selesa dipandang oleh mata bukan mahram.Masih boleh dikawal dari sudut pandangan 360° " "Lagi satu andaikata terjadiny...

Buah Yang Disebut Dalam Quran

  Bismillah , Alhamdulillah. Kurma adalah antara buah yang Nabi cakap ada di syurga. Selain kurma , ada juga buah delima, zaitun ,tinn ,pisang, labu dan anggur yang disebut dalam Al Quran. Bukti? Dan kalini maq nak beritahu yang kurma ajwa yang ada dalam gambar kat atas tu, harganya cuma RM 36 sekilogram ( free postage ) Nak lagi murah tunggu sale payday. Kurma saiz S & M. Maq beli kat tiktok shop. Rasanya segar ,lembut dan sedap. Nasihat maq korang dah boleh dah beli buat stock untuk bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal muncul sikit masa lagi.Awai tak kalut!  Kalau korang ada join group "prep" ditelegram,kurma adalah antara makanan kering yang dicadangkan untuk di "prep". Berguna untuk support tenaga manusia. Kurma boleh disimpan 2 hingga ke 3 tahun bila dalam keadaan darurat & peperangan. Cuma pastikan ianya dalam keadaan kering. waallahua'lam. Jom selawat**

Asam Pedas di Teluk Wawasan, Simpang 5, Batu Pahat

Assalamualaikum. Semalam selera maq request asam pedas di Parit Hj Salam, Simpang 5,Batu Pahat. Di kedai Asam Pedas Teluk Wawasan. Video jalan masuk ke arah kedai. Plan awal nak makan je kat situ tapi memandangkan masih awal lagi untuk lunch, maq rasa maq pun sempat lagi masak nasi seperiuk,  so kami tapau je asam pedas.  Kalini maq pilih asam pedas ikan jenahak , Rojak tauhu  dan ABC.  Alhamdulillah. Bawah ni gambar ketika disana. Tengoklah atas pintu tu, macam macam orang kenamaan pernah singgah termasuklah Sultan Johor. So anda boleh tahu bagaimana hebatnya rasa asam pedas disini.  Pintu dapur kedai. Maq tungga gadis buat ABC disitu. Malangnya ada pelanggan yang merokok ditepi kedai tersebut. Hmmm belakang kedai makan pun masih kurang 3 meter bro. Lastly gadis ABC tegur "pakcik,asap rokok kan terbang merata nanti,merbahaya!" hehe,tak pasal pasal kena sekolahkan.  Jeti nelayan yang baru dibina. Batu batu tepi sungai tu pun baru...

Musim Haji 1446H

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini tabung haji dah keluarkan senarai bayaran bagi musim haji 1446H mengikut kategori. Seperti yang tertera dalam gambar diatas. Harini juga mereka yang  telah daftar haji pada tahun 2009-2010 sedang menunggu surat tawaran haji mengikut rezeki masing masing.Tawaran melalui SMS. Debaran kian terasa bila aplikasi thjari tak boleh di log in pagi ini ,mungkin ada sedikit kemaskini sedang dijalankan. Tahniah bagi sahabat sahabat & saudara masa  yang diundang menjadi tetamu Allah pada tahun 1446H kali ini. Semoga segala urusan kalian berjalan lancar dan dipermudahkan untuk setiap usaha. Jaga kesihatan ,jaga makan minum.Kerana step seterusnya akan berlangsung sikit masa lagi. لَبَيْكَ اللَّهُمَّ لَبَيْكَ لَبَيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ  لَا شَرِيْكَ لَكَ

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...