Skip to main content

Menjelang Usia 40

 


Bismillah,

Saat umur mula memasuki umur 40 tahun,ada banyak hal kena diubah.Suka atau tidak kenalah berusaha.


Mari kita semak semula apa kah yang perlu dibanyakkan dan perlu dikurangkan menjelang umur 40 tahun dan keatas.


1. Usaha untuk kurangkan makan, dan perbanyakkanlah berpuasa.

2. Kurangkan tidur dan perbanyakkanlah bangun malam di akhir sepertiganya.

3. Kurangkan bicara yang tak jelas, sia sia. Berbicara perkara lagha dan perbanyaklah berzikir kepada Allah. Jangan biarkan masa berlalu tanpa zikir, selawat dan istighfar.

4. Kurangkan bermewah-mewah, membeli sesuatu bukan keperluan dan perbanyakkan sedekah.

5. Kurangkan bergaul, perbanyakkan muhasabah. Adakan 'me time' dengan Allah SWT.

6. Kurangkan mengeluh dengan dugaan dan cabaran hidup, sebaliknya perbanyakkan berdoa semoga Allah permudahkan urusan.

7. Kurangkan aktiviti dunia, dan perbanyaklah amalan akhirat.

8. Kurangkan meminta pada manusia,  perbanyakkan memberi. Jangan fikir apa akan aku dapat hari ni. Sebaliknya, fikirkan apa yang boleh aku beri pada masyarakat hari ni.

9. Kurangkan meminta pertolongan pada manusia, dan perbanyaklah meminta dan memohon pada Allah.

10. Kurangkan bergantung harap pada manusia, dan perbanyaklah bergantung harap hanya pada Allah SWT.



Seperti biasa pesan maq ;
Tak dapat buat semua jangan ditinggalkan semua,jom selawat*

Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik