Hasil Dari Kebun Pasu

 


Bismillah ,Alhamdulillah.

Harini kutip hasil dari "kebun dalam pasu"

Sayur yang maq tanam pada akhir bulan 10 haritu dah boleh dituai.

Dari 3 pasu pokok bendi,dapatlah 4 batang bendi.Jadilah buat raso raso 😂

Daun kunyit dan daun limau purut tu untuk masak rendang ayam ,inshaallah.

Alhamdulillah,ini adalah percubaan.Langkah seterusnya insyaallah bakal menyusul.


lokasi kebun pasu maq. Tengok kebun dari anjung rumah pun dah boleh. Takyah turun tanah.

Lepasni kawasan pakir bakal bertukar kepada kebun pasu peribadi.

Kalau korang perasan dalam gambar ,jiran maq tanam pokok pisang dalam tong cat je tau. Daun pisang boleh digunakan untuk masak ikan bakar. Good idea kan?

 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 


Edited :Lepas Asar tadi , its done! Lauk untuk makan malam kami bertiga nanti ,inshaallah, 

Semua hasil dari kebun pasu.

sayur bendi goreng ,
lebih bawang besar dari sayur bendinya 😎

rendang ayam daun kunyit bersepah 🤣



Alhamdulillah, Rezeki milik Allah.

Comments

  1. Alhamdulillah ada hasil..sama la Maq...bendi kita seketul2 je keluarnya..ada 5 pokok atas tanah..lambat nau la besar putiknya...peria dah banyak sedekah kat orang dah x lalu makan peria dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA ,Alhamdulillah, selepas episod pertama ini barulah maq paham,tak mudah rupanya menjadi seorang petani.Kena yakin dengan usaha ,doa dan tawakkal

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Bihun Goreng Putih

Kerabu Magie Thai

Orang Hidup VS Orang Mati

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Muslim Malaysia Beruntung

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor